Khalid Ibrahim, KIDEX, Hutang Bank Islam dan Kegagalan Menawan Putrajaya

Tulang Besi tau bahawa Khalid Ibrahim adalah sebab utama Pakatan Rakyat gagal menawan Putrajaya.

Mula-mula Tulang Besi cuma ingat macam orang lain ingat.

Sekadar MB Selangor ini berperangai kedekut.

Walaupun pada masa itu Tulang Besi telah syak berlaku perkara buruk di belakang tabir bila MB Selangor berkeras tidak mahu membantu usaha membenteras pengundi hantu serta penyelewengan pilihanraya sama sekali.

Arahan Anwar Ibrahim kepada beliau untuk berbelanja wang negeri di kawasan2 Melayu di Selangor juga tidak diendahkan oleh Khalid Ibrahim. Semua maklum kawasan2 Melayu di Selangor adalah kubu kuat UMNO. Hasilnya UMNO tidak perlu bekerja keras mempertahankan kawasan2 mereka.

Khalid Ibrahim juga menolak sama sekali usaha mendaftar pemilih2 baru yang jelas menguntungkan Pakatan Rakyat serta merugikan UMNO. Khalid Ibrahim tidak mahu berbelanja satu sen pun wang ke arah mendaftar pemilih2 baru.

TAPI!!!!!!

Begitu mudah Khalid Ibrahim meluluskan projek2 besar UMNO seperti MRT. Padahal MRT itu adalah projek milik kroni UMNO yang berjasa menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Tanpa segan silu Khalid Ibrahim mengisytiharkan kerjasama yang beliau akan berikan kepada kroni UMNO.

Kalau MRT yang jelas membantu kroni dan UMNO itu begitu mudah diluluskan, apatah lagi KIDEX yang jelas melanggar manifesto Pakatan Rakyat.

Motif dan sebab Khalid Ibrahim itu kekal misteri sehinggalah keluar berita Khalid Ibrahim tiba2 berjaya merundingkan penyelasaian berjumlah RM70 juta di atas hutang pribadi beliau dgn Bank Islam.

Semua maklum Bank Islam adalah milik UMNO dan mustahil Bank Islam dapat memberikan apa2 penyelesaian kalau UMNO tidak campur tangan.

Yang lebih misteri adalah Khalid Ibrahim sendiri TIDAK MAHU mendedahkan butiran perjanjian dgn Bank Islam itu. Padahal wajib bagi Khalid Ibrahim mendedahkan butiran perjanjian itu kerana perjanjian dibuat selepas dia menjadi MB Selangor. Ia bukan lagi perkara pribadi tapi hak umum.

Kalau perjanjian dgn Bank Islam itu tidak ada cacat mengapa perlu dirahsiakan butirannya? Kenapa Khalid Ibrahim takut sangat nak dedah butiran perjanjian kalau dia benar2 bersih dari rasuah?

Maka, tak hairanlah Khalid Ibrahim boleh menyokong projek2 kroni UMNO, menyerahkan air Selangor kepada UMNO, menghalang semua usaha untuk mengagalkan penipuan pilihanraya di Selangor mahupun Malaysia dan banyak lagi.

Bagi Tulang Besi, Khalid Ibrahim adalah alat UMNO dan kroni UMNO.

Beliau akan berbuat apa sahaja untuk memastikan UMNO terus memerintah Malaysia.

Kalau ditakdirkan Pakatan Rakyat menang PRU13 yang lepas, apa jaminan Khalid Ibrahim dapat merundingkan penyelesaian hutang pribadi RM70 juta dgn Bank Islam.


Semoga Allah SWT membalas segala pengkhianatan Khalid Ibrahim kepada Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia umumnya.