PAS KEMUKAKAN 3 NAMA CALON




PERMATANG PAUH-PAS negeri telah mengemukakan 3 calon yang difikirkan sesuai untuk di letakan sebagai calon DUN Permatang Pasir.Nama Pesuruhjaya PAS negeri mendahului senarai nama 3 calon Mat Sabu dan seorang peguam Mohd Roshidi seorang calon baru.


Sumber yang enggan menyatakan bahawa nama Saleh Man adalah antara nama yang difikirkan sesuai sebagai calon kerana selain anak tempatan , beliau dilihat rapat dengan bekas DUN Permatang Pasir dan mengemudi PAS negeri agak lama.

Malahan tinjauan skuad WRLR mengesahkan bahawa cakap-cakap berlegar menyatakan bahawa 3 nama di kemukakan.


Dijangkakan sebahagian besar cawangan menyokong beliau untuk di calonkan."Biar Bang Mat, (Mat Sabu)kita letak di Parlimen kerana beliau sesuai di sana, dan komitmen beliau di Pusat demikian jelas salah seorang penyokong yang enggan namanya di siarkan.


Pihak SPR akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi pada 10 Ogos ini.DUN Permatang Pasir kosong selepas kehilangan calon kerana kematian Datuk Hamdan Abdul Rahman baru-baru ini.

Menurut Ustaz Salleh selaku pesuruhjaya PAS negeri ada beberapa nama calon yang di kemukakan, namun menurut sumber-sumber dalaman PAS selain nama Pesuhjaya PAS negeri ,Nama Pesuruhjaya PAS 2 Mat Sabu juga di sebut.

Sementara itu di pihak Umno pula,nama cikgu Roshidi Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh dan juga peguam Rohaizat disebut.Kita akan mendedahkan siapa mereka di Permatang Pauh.

No comments: