Pendirian PAS Kuala Terengganu

Pendirian PAS Kuala Terengganu Terhadap YBM Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah, AP Kuala Terengganu


Assalamualaikum Wrt Wbt
IMG-20150801-WA0080Kepada Semua Ahli PAS Kawasan Kuala Terengganu
Tuan/puan,
PENDIRIAN PAS KAWASAN KUALA TERENGGANU TERHADAP YBM RAJA DATO’ KAMARUL BAHRIN SHAH (AHLI PARLIMEN KUALA TERENGGANU)
Sebagaimana yang dimaklumi bahawa YBM Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah (Ahli Parlimen Kuala Terengganu) telah diisytiharkan secara rasmi sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) negeri Terengganu sepertimana yang telah diumumkan dalam himpunan GHB pada 31.7.2015 di Jerteh Besut dan beliau telah memperakui menerimanya.
IMG-20150801-WA0079Sehubungan dengan itu PAS Kawasan Kuala Terengganu yang bermesyuarat pada 1.8.2015 berpegang kepada perkeliling isu GHB yang dikeluarkan oleh PAS Pusat bertarikh 29.7.2015 rujukan : PAS/PA/2.01/15-17(8) antaranya tidak lagi mengabungkan diri, bekerjasama, memberi apa-apa jua bantuan atau kemudahan kepada YBM Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
Kerjasama dan perhatian dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan.
Sekian, terima kasih
Yang Menjalankan Amanah,
MOHD SOUD @ SAID @ MAT ALI
Setiusaha PAS Kawasan KT

No comments: