Kini Putrajaya mahu hukuman penjara lebih panjang bagi Anwar


Bahasa

Kini Putrajaya mahu hukuman penjara lebih panjang bagi Anwar

OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
April 13, 2014

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh mengatakan selepas meneliti  rekod rayuan, beliau mendapati  pihak pendakwa raya  membuat rayuan untuk meningkatkan lagi hukuman penjara lima tahun Anwar bagi kes Liwat II. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 April, 2014.  


Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh mengatakan selepas meneliti rekod rayuan, beliau mendapati pihak pendakwa raya membuat rayuan untuk meningkatkan lagi hukuman penjara lima tahun Anwar bagi kes Liwat II. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 April, 2014. Putrajaya nampaknya cuba menyukarkan lagi keadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan memfailkan rayuan balas untuk meningkatkan lagi hukuman penjara lima tahun terhadap ketua pembangkang itu yang didapati bersalah atas kes liwat bulan lepas.
Peguamnya, Karpal Singh berkata rayuan Anwar terhadap keputusan dan hukuman beliau seperti akan dipercepatkan untuk Mahkamah Persekutuan, memandangkan pejabat pendaftar mahkamah sudah pun menghantar sebahagian daripada rekod rayuannya.

"Selepas meneliti rekod rayuan, saya dapati pihak pendakwa raya membuat rayuan untuk meningkatkan lagi hukuman penjara Anwar," kata Karpal kepada The Malaysian Insider.

Pada 11 Mac, Karpal disaman RM4,000 tetapi pendakwa raya membuat rayuan balas, menggesa Mahkamah Rayuan untuk mengenakan hukuman yang lebih berat..

Dalam kes Anwar pula, Mahkamah Rayuan dengan tiga hakim menjatuhkan hukuman lima tahun penjara kepada pemimpin de facto PKR itu, selepas membenarkan rayuan Putrajaya untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang pada mulanya membebaskan beliau..

Anwar yang juga merupakan ahli Parlin Permatang Pauh, dalam risiko kehilangan kerusi Parlimennya dan mungkin akan kecundang alam kerjaya politiknya jika mahkamah tertinggi itu menegakkan keputusan Mahkamah Rayuan.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, seorang wakil boleh tersingkir daripada kerusinya jika disaman lebih daripada RM2,000 atau dipenjarakan untuk lebih daripada setahun.
Hukuman liwat di bawah Seksyen 377B Kod Penal membawa penjara sehingga 20 tahun dan pesalah juga kemungkinan disebat.
"Dalam membuat rayuan balas ini, saya percaya pihak pendakwa raya mahukan Mahkamah Persekutuan untuk mengenakan masa penjara lebih daripada lima tahun. Menyebat Anwar memang tidak akan terjadi kerana beliau sudah 66 tahun," katanya.

Anwar didapati bersalah meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium mewah di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008.
Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan pada 9 Januari, 2012 bahawa beliau sangsi dengan integriti sampel yang diambil untuk kajian DNA daripada Mohd Saiful kerana sampel tersebut mungkin sudah terjejas sebelum ia sampai ke jabatan kimia untuk dianalisis.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan dengan tiga hakim itu diketuai oleh Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dalam keputusan mereka mengatakan Zabidin membuat kesalahan dalam kajiannya kerana sampel berikut tidak terjejas.

Keputusan mahkamah itu menghancurkan harapan Anwar untuk menjadi menteri besar Selangor apabila ia hadir empat hari sebelum hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Anwar merupakan calon PKR bagi PRK tersebut.


Karpal berkata dalam situasi biasa, Mahkamah Rayuan akan memberi perayu seluruh rekod rayuan yang termasuk asas penghakiman.
Beliau berkata perayu kemudian akan memfailkan rayuan yang termasuk alasan bagi rayuan, dalam masa 10 hari selepas rekod diberikan.
Mengikut arahan Ketua Hakim itu, Mahkamah Rayuan perlu menyediakan kesnya dalam masa lapan minggu selepas perayu memfailkan notis rayuannya.

Anwar yang diikat jamin RM10,000, memfailkan notisnya pada 10 Mac.
"Dalam kes Anwar, semua rekod lain diberikan untuk kegunaannya kecuali asas penghakiman. Mahkamah biasanya cekap dalam kes ini. Saya harap mereka juga cekap seperti ini dalam kes sivil dan jenayah lain," kata Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor.


Karpal sendiri sedang berdepan dengan hukuman penjara dan risiko kehilangan kerusinya selepas Putrajaya membuat rayuan balas terhadap hukuman ringannya yang diberikan Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah menghasut.



Peguam berkerusi roda 73 tahun itu berkata Mahkamah Rayuan boleh mengenakan saman maksimum RM5,000 atau memenjarakannya sehingga tiga tahun. – 13 April, 2014.




No comments: