Monday, March 24, 2014

Anwar tidak tolak kemungkinan Wan Azizah jadi MB Selangor

Anwar tidak tolak kemungkinan Wan Azizah jadi MB Selangor

OLEH DIYANA IBRAHIM
March 24, 2014
 Calon Parti Keadilan Rakyat Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba apabila melawat stesen mengundi di Kajang di luar Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 24 Mac, 2014. 

Calon Parti Keadilan Rakyat Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba apabila melawat stesen mengundi di Kajang di luar Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 24 Mac, 2014.Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tidak menolak kemungkinan berlakunya perbincangan di peringkat pimpinan parti untuk melantik Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Walaupun tidak menyatakan secara langsung tetapi beliau mengakui perbincangan untuk peralihan tampuk kerajaan negeri itu akan diadakan kelak.

"Hal itu mereka akan bincangkan melalui pimpinan negeri.

Semalam dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang calon PKR, Dr Wan Azizah menang dengan majoriti 5,379 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun.

Kemenangan itu sekaligus menguatkan spekulasi akan berlakunya perubahan tampuk pentadbiran kerajaan negeri sepertimana dicanangkan selepas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Lee Chin Cheh mengosongkan kerusinya pada Januari.

Pada masa sama beliau mengulas mengenai kemenangan PKR dalam PRK Kajang dan menolak kekurangan sokongan undi kaum Cina sebagai amaran kepada parti itu.

Beliau menyifatkan sekalipun dalam PRK Kajang MCA masih dilihat sebagai malapetaka dan memerlukan abad akan datang untuk membuat kemunculan semula.

"Peningkatan itu bukan satu amaran. Kami mempertaruhkan calon Melayu, yang memakai tudung dan masih menang dengan undi popular bagi semua kaum.

"Sekiranya mereka (MCA) mahu membandingkan dengan 7% kenaikan undi kaum Cina sebagai tanda positif maka mereka perlu menunggu abad akan datang untuk membuat kemunculan semula," katanya.
Anwar bagaimanapun mengakui bahawa jumlah pengundi yang keluar untuk mengundi semalam adalah lebih jauh rendah daripada apa yang dijangkakan.

Akan tetapi menurut Anwar, PKR tetap menang meraih undi popular.


"Dalam negara demokrasi, undi melebihi 60 % adalah menakjubkan," katanya. – 24 Mac, 2014.

Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers