MALAYSIA PUNYA PELAN EKONOMI YANG JELAS.




 MALAYSIA mempunyai pelan halatuju ekonomi yg jelas. Ia hasil kerja kuat PMX, Rafizi Ramli KemEko dan YM Tengku Zafrul Menteri MITI. Itu punca utama pelabur sgt suka dgn Malaysia. Cuba baca penilaian penganalisis antarabangsa. Semuanya begitu positif dan yakin dgn Malaysia malah mereka sgt teruja.


Apabila PMX mengambilalih kedudukan Pengerusi ASEAN, Jepun turut meningkatkan minat dgn negara2 ASEAN terutama Malaysia sebagai rakan lama. Demikian juga dgn China terutama Huawei yg memuji sumber tenaga profesional anak muda Malaysia yg berbakat dan terdidik.


Malangnya Rafizi sering dihina dgn ejeken "formula" walhal beliau MenEko yg jauh lebih baik berbanding dari kerajaan terdahulu. Harga RON95 yg kekal sehingga skrg adalah cetusan idea Rafizi lama dulu dan diikuti oleh kerajaan.


Hanya beberapa individu yg dengki dan punya dendam peribadi yg kenyataan mereka dipergunakan walatok, walargon, walaun & untit KHAWARIJ, SAMPAH MASYARAKAT, WARGANEGARA TAK BERGUNA utk menghina Rafizi. Mereka hanya menyedekahkan pahala mereka kpd Rafizi. Puak tu akan muflis di akhirat sdgkan Rafizi meneruskan tugas beliau seperti biasa.


Bravo.


- Zus Din

25052024

**********

https://jendelamadani.net/2024/05/24/pacu-ekonomi-hala-tuju-ccus-dibentang-kepada-jemaah-menteri/


Pacu Ekonomi: Hala tuju CCUS dibentang kepada Jemaah Menteri


Oleh: Sholina Osman

23 MEI 2024


Kementerian Ekonomi telah membentangkan Memorandum kepada Jemaah Menteri, Selasa lalu bagi menetapkan hala tuju penyediaan rangka kawal selia bagi pelaksanaan inisiatif Pemerangkapan, Penggunaan, dan Penyimpanan Karbon (Carbon Capture, Utilization and Storage – CCUS).


Menterinya, Rafizi Ramli berkata, CCUS ini adalah sebagai salah satu daripada enam cadangan bagi memacu ekonomi baharu negara.


Beliau berkata, CCUS ini diiktiraf oleh Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) sebagai jalan penyelesaian bagi menangani trilema tenaga di negara ini.


“NETR telah meletakkan asas bagi menanganinya dengan jaminan bekalan tenaga, akses kepada bekalan tenaga dan kelestarian alam sekitar,” katanya dalam kenyataan media.


Rafizi berkata, pembangunan rangka kawal selia CCUS yang komprehensif dan holistik ini telah mengambil kira penyelarasan dalam pelaksanaan, keupayaan untuk menarik pelaburan berimpak tinggi dan kaedah penggunaan risiko dan liabiliti yang membawa kepada pertimbangan.


Beliau berkata, antaranya satu rang undang-undang CCUS (“RRU CCUS”) yang khusus akan dibentangkan pada akhir tahun 2024 untuk membolehkan tadbir urus setiap aspek di sepanjang rantaian nilai CCUS iaitu pemerangkapan, pengangkutan, penggunaan dan penyimpanan karbon dioksida (CO2).


*AKTIVITI PENYIMPAN CO2*


Katanya, aktiviti penyimpanan CO2 akan terlebih dahulu menumpukan pada penyimpanan di kawasan luar pesisir sebelum dilaksanakan di kawasan daratan.


“Kesesuaian penyimpanan CO2 di kawasan daratan akan tertakluk kepada kajian kebolehlaksanaan yang akan dijalankan kelak,” katanya.


Rafizi menjelaskan, RRU CCUS ini akan ditadbir oleh badan kawal selia di peringkat Persekutuan bersama-sama dengan badan teknikal yang kompeten.


Tambahnya, perjanjian dua hala pula akan mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai hub CCS serantau bagi merebut peluang dalam era peralihan tenaga.


Katanya, ini dapat dicapai dengan menyediakan penyelesaian CCUS bersepadu kepada industri yang pertama di rantau Asia Pasifik.


“Kegagalan merebut peluang ini akan menyebabkan Malaysia perlu menunggu 20 hingga 30 tahun lagi sebelum peluang yang sama muncul semula,” katanya.


Jelasnya, melalui pembangunan industri CCUS di Malaysia, ia akan membantu membuka pelbagai manfaat sosioekonomi untuk Malaysia, yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, pewujudan peluang pekerjaan yang berkemahiran dan bernilai tinggi serta kemajuan dalam teknologi dan inovasi baharu.


Projek CCUS katanya akan dapat menjadi penghubung penting dalam peralihan kepada ekonomi kitaran seperti pengeluaran bahan api sintetik berasaskan CO2 (e-methanol), kosmetik, gentian karbon, konkrit terawat dan pengeluaran mikroalga. – JM



No comments: