Thursday, May 7, 2015

Penyokong Pakatan diingat jangan layan provokasi BN

Penyokong Pakatan diingat jangan layan provokasi BN

PERMATANG PAUH 7 MEI: Penyokong Pakatan Rakyat diingatkan agar sentiasa bertenang dan tidak termakan dengan provokasi mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab sepanjang proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh hari ini.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menggesa penyokong Pakatan supaya tidak membalas sebarang perilaku negatif itu ekoran serangan yang dilakukan penyokong BN terhadap petugas KEADILAN sehingga menyebabkan kecederaan.

“Kekecohan di SK Tanah Liat, penyokong BN serang pertugas KEADILAN menyebabkan kecederaan. Gesa penyokong Pakatan jangan balas provokasi ganas BN,” kata Tian yang juga Ahli Parlimen Batu.

“Harap pertugas dan penyokong Pakatan Rakyat bertenang, jangan biar suasana tegang takutkan pengundi,” katanya lagi.

gaduh 


Insiden tumbuk menumbuk pula dilaporkan tercetus di antara sekumpulan penyokong BN dan KEADILAN berhampiran SMK Guar Perahu sekitar 11.15 pagi ini.

Insiden tersebut berlaku di tengah-tengah jalan raya apabila beberapa penyokong dari kedua-dua parti bergelut dan bertukar-tukar tumbukan di atas jalan raya yang memisahkan kawasan mereka berkumpul.

Pergaduhan meletus selepas kedua-dua kumpulan mula saling mengejek terhadap satu sama lain sejak 9.30 pagi dan berjaya dileraikan selepas itu.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers