SPR bertindak, pembangkang fail batal keputusan PRU13

SPR bertindak, pembangkang fail batal keputusan PRU13

OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
September 03, 2013
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencabar tuntutan sivil Pakatan Rakyat (PR) untuk membatalkan keputusan bagi 222 kerusi parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

SPR memfailkan permohonan untuk membatalkan tuntutan itu memetik tindakan pembangkang dan beberapa individu yang tewas dalam pilihan raya mencabar keputusan berkenaan di mahkamah sivil walaupun sepatutnya ia perlu melalui petisyen pilihan raya di mahkamah pilihan raya.

Dalam membatalkan permohonan itu, SPR berkata, pihak-pihak yang tidak berpuas hati hanya boleh memfailkan petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya sebaik saja hasilnya diwartakan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Akta Kesalahan Pilihan Raya.

SPR memfailkan permohonan membatalkan tuntutan itu pada 29 Ogos sebagai tindak balas terhadap tindakan pembangkan dan lain-lain memfailkan tuntutan.

Ia berkata, writ tuntutan itu remeh dan menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah.
Hakim Datuk Rosnaini Saub memberikan peguam yang mewakili pembangkang tempoh sebulan untuk memfailkan afidavit balas terhadap permohonan pembatalan itu.

SPR akan diberikan sebulan lagi untuk menjawab afidavit pembangkang.

Pada 15 Julai, PR di sebalik meminta mahkamah untuk mengenepikan keputusan semua 222 kerusi parlimen, juga menggesa kepimpinan SPR sedia ada dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan.
Dalam penyata tuntutan, pembangkan berkata langkah yang tidak pernah dibuat itu adalah perlu kerana penggunaan dakwat kekal itu gagal menyebabkan penipuan besar-besaran.

Pembangkang mendakwa walaupun jumlah peratusan pengundi tidak jujur yang mengundi dua kali adalah kecil, ia cukup untuk memberikan kesan kepada keputusan dan ada signifikan terhadap jumlah kerusi.
Tambahan lagi, isu berkaitan dakwat kekal berkenaan boleh dibasuh dengan mudah, plantif – PKR, DAP dan PAS – menyalahkan tujuh ahli SPR.

Selain tiga parti politik PR, plantif lain dalam tindakan itu ialah calon pembangkang Dzulkefly Ahmad, M Manogaran, Saifuddin Nasution, Arifin Rahman dan R Rajoo, yang semuanya tewas dengan majoriti yang tipis.

Plaintif menggambarkan bahawa SPR adalah partisan, berat sebelah dan berpihak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional dalam pilihan raya itu menyebabkan ia kehilangan keyakinan orang awam dan tersasar daripada objektivitinya, seperti dinyatakan dalam Perlembagaan iaitu perlu berdiri sendiri, tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

Plaintif mendakwa pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, menerima arahan daripada perdana menteri dan ahli Kabinet, menyebabkan ketiadaan sikap berkecuali.

PR juga meletakkan kesalahan kepada suruhanjaya itu atas kegagalan dengan sengaja melakukan penipuan terhadap dakwat kekal yang membenarkan pengundi mengundi lebih daripada sekali.
Pakatan juga meminta seperti di bawah:

  • Semua ahli SPR dikeluarkan daripada pejabat SPR kerana sikap penipuan
  • Kerajaan persekutuan akan kekal sebagai penjaga kerajaan, sehingga keputusan pilihan raya baru diketahui
  • Setiap defendan membayar ganti rugi teladan dan am kepada plaintif tetapi tanpa meminta bantuan daripada Dana Tergabung. – 3 September, 2013.

No comments: