DS NAJIB DAN PERKHIDMATAN AWAM



Hari ini sahlah elaun kritikal bagi 33 jawatan perkhidmatan awam akhirnya dimansuhkan. Saya tidak terkejut, kerana ia hanya mengulangi sifir (recycle) yang telah dibuat oleh kerajaan pada awal tahun 1998. Ketika itu pelbagai elaun melibatkan 80 ribu penjawat awam dikurangkan atas dasar penjimatan ketika krisis kewangan serantau.

Kaedah ini sangat berbeza dengan amalan PM ke 5 dan PM ke 6 walaupun mereka berdua berhadapan dengan krisis kewangan global 2009 dan Oil Crash 2015 yang lebih menekan.

Pada zaman Pak Lah, beliau memilih untuk menaikkan mutu dan moral perkhidmatan penjawat awam. Tahun 2007, gaji penjawat awam dinaikkan setinggi 35% sementara elaun sara hidup dinaikkan sekali ganda. Kesannya, kadar rasuah dikalangan penjawat awam bawahan menurun secara mendadak 

Legasi ini diteruskan oleh DS Najib Razak selepas beliau mewarisi jawatan eksekutif no 1 negara. Tetapi kali ini dengan fokus khas bagi penjawat awam pangkat rendah yang tertakluk kepada golongan B40. Antaranya:

1. Tahun 2012, gaji penjawat awam dinaikkan setinggi 12%. Pencen minimum dinaikkan dari RM720 kepada RM820 sebulan dan elaun sara hidup dinaikkan RM50 kepada penjawat awam yang bertugas di pinggir bandar.

2. Tahun 2013, kenaikan pangkat secara besar-besaran PDRM dan ATM berdasarkan time-based dan perubahan lapisan gred. Skim Perumahan Penjawat Awam (PP1M) diwujudkan dengan sasaran 200 ribu unit rumah disiapkan menjelang tahun 2020.

3. Tahun 2015, imbuhan tetap perumahan dinaikkan kepada minimum RM300

4. Tahun 2016, gaji minimum dinaikkan daripada RM832 kepada RM1200. Pencen minimum dinaikkan lagi kepada RM950 sebulan.

Prinsip DS Najib ketika itu senang dibaca. Anda mahu perkhidmatan awam memberikan servis terbaik, bayar mereka setara dengan kualiti kerja mereka. Anda mahu perkhidmatan awam memberikan fokus dan tenaga 100%, pastikan kemudahan asas dan pendapatan mereka mencukupi.

Dan insentif yang pelbagai ini dibalas oleh penjawat awam melalui prestasi tinggi badan-badan kerajaan. Anda boleh lihat bagaimana UTC dan RTC diwujudkan - memberikan servis pantas kepada rakyat.

Akhirnya masa rakyat tidak terbuang dan boleh digunakan untuk aktiviti ekonomi yang memberi kesan kepada peningkatan pungutan cukai, kewujudan pekerjaan baru dan kenaikan gaya hidup. 

Bayangkan bagaimana Bank Dunia sendiri mengiktiraf UTC dan RTC sebagai antara model perkhidmatan kerajaan terbaik dunia

Ini kitarannya. Saya tidak tahu sama ada kerajaan baru faham kitaran ini.

Sebab itu dalam 7 tahun pertama pentadbiran beliau, 2.26 juta pekerjaan diwujudkan. Saya tidak tahu berapa juta pekerjaan yang PH dah buat. Mungkin 5 bilion selepas wujudnya Gojek

Malah hebatnya golongan pekerja diMalaysia sehinggakan pada tahun 2017, KWSP diiktiraf oleh State of The Global Islamic Economy sebagai badan yang mempunyai pelan simpanan Islamik paling besar di dunia.

Berapa caruman terkumpul KWSP? RM814.4 bilion pada 2017 berbanding RM341.6b pada 2009.

Hari ini kita terbaca bagaimana seolah olah penjawat awam adalah beban. Seolah olah penjawat awam bergaji terlalu besar. Seolah olah bayaran pencen mereka membazirkan harta negara.

Saya teringat gambar 2 orang jururawat bangga mengibarkan bendera PKR di hadapan Seri Perdana pada malam 9 Mei 2018

Apa khabar mereka agaknya

#AmbilSemulaNegaraKita
#ReclaimOurNation

----

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

No comments: