AIDILFITRI: KISAH AIR ASIA VS MAS, TELEFON PINTAR VS NOKIA


AIR ASIA VS MAS


Adrian Lim Chee An


Sehingga pertengahan tahun 1990an, MAS merupakan satu-satunya syarikat penerbangan kat Malaysia.


Pada ketika itu, kos ulang alik KK-KL boleh mencecah RM1,500 seorang.


Oleh kerana industri penerbangan dimonopoli oleh MAS, secara logiknya, MAS pun mencatat keuntunganlah setiap tahun.


Pada tahun 1996, AirAsia membuat penerbangan julung kalinya. Pelbagai promosi menarik dibuat seperti RM200 RM300 untuk ulang alik KK-KL.


Suratan atau takdir, secara kebetulan atau tidak, pada tahun 2017, iaitu setahun selepas AirAsia membuat penerbangan julung kalinya, MAS pula mencatat kerugian sebanyak ratusan juta ringgit.


Kerugian ini berlaku selepas MAS mencatat keuntungan sebanyak ratusan juta ringgit setiap tahun pada tahun-tahun sebelum itu.


Pada tahun 2010 sehingga tahun 2022, sepanjang tempoh lebih 10 tahun itu, MAS tidak pernah mencatat keuntungan.


Pada masa yang sama, AirAsia pula mencatat keuntungan tahun demi tahun, kecuali zaman PKP Lockdown.


Ada tahunnya AirAsia mencatat keuntungan sebanyak puluhan juta ringgit sahaja (2008), ada tahunnya AirAsia mencatat keuntungan mencecah berbilion-bilion ringgit (2015 - 2018).


TELEFON PINTAR VS NOKIA


Sehingga hujung tahun 1990an, Nokia merupakan jenama yang mendominasi industri telefon bimbit.


Nokia 3310, Nokia 2860, Nokia N-Gage, ini antara telefon bimbit yang agak popular pada zaman sebelum tersebut.


Sebagai peneraju industri, Nokia mencatat keuntunganlah berpuluh bilion ringgit setiap tahun.


Mai awal 2000an, Sony Ericsson dan Blackberry mula memperkenalkan ciptaan baharu mereka dalam usaha merevolusi industri telefon bimbit. Mereka berjaya “mencuri” sedikit market share daripada Nokia. Namun, kedudukan Nokia masih kukuh.


Pada tahun 2006/2007, Apple memperkenalkan iPhone, iaitu telefon bimbit yang bermula merevolusikan industri telefon bimbit.


Tahun demi tahun, keuntungan Apple semakin meningkat sehingga syarikat Apple dinilai melebihi RM10 trilion (RM10,000,000,000,000) pada tahun 2021.


(Trilion = 1 juta x 1 juta = 12 kosong)


Sementara itu, Nokia pula kehilangan market share yang semakin banyak. Tahun demi tahun, jualan Nokia semakin merosot. Dari nilai RM550 bilion pada tahun 2007, nilai Nokia cuma berbaki RM100 bilion pada tahun 2021.


Pada tahun 2014, Nokia akhirnya dijual kepada Microsoft.


Dalam sidang media tentang pengambilalihan Nokia oleh Microsoft, CEO Nokia mengakhiri ucapannya dengan mengatakan, “we did not do anything wrong, but somehow we lost (kita tidak membuat apa-apa yang salah, namun kita kalah)”.


Masyarakat antarabangsa mentafsirkan kecundangan Nokia disebabkan kegagalan Nokia menyesuaikan diri dan membiasakan diri kepada perubahan.


—————


Aidilfitri ini, pelbagai laporan akhbar (sama ada dengan niat tersirat atau sebaliknya) melaporkan bahawa sambutan Aidilfitri pada tahun ini terpaling hambar, terpaling teruk, terpaling merosot, terpaling sunyi.


Katanya disebabkan cukai lah, disebabkan ekonomi lah, disebabkan kerajaan lah……


Saya kurang bersetuju dengan sebab-sebab ini.


MAS dan Nokia.


MAS kalah kepada AirAsia, walaupun permintaan terhadap perkhidmatan penerbangan tidak pernah berkurang.

Bahkan permintaan perkhidmatan penerbangan sentiasa meningkat kerana populasi semakin meningkat.


Nokia kalah kepada Apple, walaupun permintaan terhadap telefon bimbit tidak pernah berkurang.

Bahkan permintaan terhadap telefon bimbit sentiasa meningkat kerana populasi semakin meningkat.


Sama sekali. Keperluan untuk persiapan sambutan Aidilfitri TIDAK PERNAH DAN TIDAK AKAN PERNAH BERKURANG.

Bahkan akan sentiasa meningkat kerana populasi semakin meningkat.


Yang berbeza cuma…… buyer preference dan buyer behaviour telah berubah.


Pengguna perkhidmatan perkhidmatan switch daripada MAS kepada AirAsia.

Pengguna telefon bimbit switch daripada Nokia kepada Apple.


Sama sekali. Pembeli persiapan sambutan Aidilfitri switch daripada pasar malam dan kedai fizikal kepada online seperti TikTok, Facebook, Instagram, Lazada, Shopee.


Sekiranya peniaga peniaga konvensional masih tidak berubah seiring dengan trend buyer preference dan buyer behaviour, kemungkinan besar, perniagaan yang diceburi akan tersingkir, sepertimana Nokia tersingkir dan akhirnya diambil alih oleh Microsoft.


(Bukan saya nak doakan peniaga konvensional menjadi tersingkir atau muflis. Saya sentiasa mendoakan dan mengharapkan yang baik-baik je. Tetapi ini adalah realiti.)


Sebaliknya, sekiranya peniaga konvensional mengikut trend buyer preference dan buyer behaviour, kemungkinan besar, peniaga konvensional boleh jadi seperti MAS.


Pada tahun 2024, MAS akhirnya mencatat keuntungan sebanyak RM744 juta.


SAYA ULANGGGGGGG.


Selepas berpuluh tahun ditinggalkan oleh AirAsia dan 13 tahun berturut-turut mencatat kerugian (2010 - 2022), akhirnya pada tahun 2023, MAS berjaya mencatat keuntungan sebanyak RM744 juta.


Kejayaan membuat comeback ini disebabkan antaranya, kesanggupan MAS sebagai premium carrier, berubah dan menyesuaikan diri dengan trend di mana kelompok besar pengguna perkhidmatan penerbangan memilih kos yang lebih mampu.


Maka MAS pun mula menjual tiket seperti harga penerbangan yang mampu menyaingi AirAsia. Dan hasilnya, sebagai contoh, harga tiket ulang alik KK-KL MAS boleh didapati pada harga RM300, iaitu harga lebih kurang sama dengan AirAsia dan harga yang jauh lebih murah berbanding harga RM1,500 yang dijual pada zaman 1990an.


Maka consumer pun kembali kepada MAS. 


Selamat berpuasa. Dan Selamat Hari Raya Aidilfitri in advanced.


Semoga kalian mempunyai Ramadan yang mabrur dan Aidilfitri yang meriah.



No comments: