NAJIB DAN MUHYIDDIN SAMA SAJA. TAK BIJAK

Muhyiddin seperti Najib, sangka rakyat rela dijual beli



Muhyiddin Yassin yang di ura-urakan oleh sebahagian pimpinan UMNO untuk mengambil alih kepimpinan dari Najib itu adalah seorang pemimpin yang lebih lagi tidak menggunakan alat untuk berfikir (otak) anugerah Tuhan untuk digunakan dengan sebaik-baiknya. Itu lah sebabnya saya tidak berhenti-henti berkata bahawa siapa sahaja dalam kepimpinan tertinggi UMNO itu adalah mereka yang tidak sempurna akal fikiran politik mereka. Mereka tidak tahu apa yang baik untuk disebut dan yang sepatutnya dihindari untuk terkeluar dari mulut seorang yang bercita-cita tinggi untuk mengambil alih kepimpinan negara kita yang kita sayangi ini.
Saya terpaksa memberikan komen terhadap kata-kata Muhyiddin di Johor semalam di mana beliau telah menjanjikan BRIM akan di tambah menjadi RM1000 selepas ini. Beliau berkata jika menolak BN dan UMNO itu merupakan penolakan terhadap rezki. “kalau hendak rezki yang seribu itu terpaksa lah kekalkan kepimpinan BN dalam pilihanraya ini” kata beliau lebih kurang kepada orang-orang yang menyambut ketibaan beliau dan di siarkan dalam saluran-saluran TV arus perdana malam tadi. Mendengar kata-kata ini membuatkan saya hampir terjatuh dari kerusi kerana terkejut dengan taraf pemikiran seorang yang bergelar Timbalan Perdana Menteri itu.
Kalau ini lah contoh kata-kata seorang yang berselera untuk menjadi PM, beliau akan menjadi seekor tikus membaiki labu. Tiada apa yang beliau boleh perbaiki dalam kerajaan malahan beliau akan menjadikan nilai kepimpinan kerajaan bertambah buruk dan nesta lagi. Ayat yang saya acapkali sebut dalam blog ini ialah sesiapa sahaja dalam kepimpinan tertinggi UMNO itu merupakan jenis yang sama kerana mereka adalah dari acuan yang sama. Acuan ini adalah acuan yang di bentuk oleh Dr Mahathir sebaik sahaja beliau mengambil alih kerajaan pada 1981 dahulu.
Muhyiddin dalam keadaan tertekan beliau telah berkempen dengan terang dan jelas serta di siarkan dalam media perdana yang beliau melakukan pujukan secara rasuah dan ini merupakan satu tindakan yang amat buruk dilakukan oleh seorang pemimpin kerajaan yang semakin hari semakin lemah itu. Apa eloknya menggantikan Najib dengan Muhyiddin ini? Jika Najib berkata kepada orang Cina dan rakyat “Lu tolong gua. Gua tolong lu”, Muhyiddin pula ‘kalau hendak BRIM lebih besar undilah BN dan kekalkan kuasa BN’.
Ini kah jenis kepimpinan  yang kita hendak letakkan harapan untuk menjamin masa depan anak-anak dan generasi kita yang akan datang?. Pernahkah kita mendengar kerajaan dan parti-parti di negara-negara maju menjanjikan wang tunai kepada rakyat mereka jika mereka di pilih untuk memerintah negara? Bagaimana kah caranya negara kita hendak menjadi negara maju jika mentaliti pimpinan yang memerintah tidak lebih dari mentaliti pemimpin zaman kuno atau zaman batu dahulu.
Apa yang menyebabkan mereka sanggup melutut begitu rendah semata-mata untuk mendapatkan serta menguasai kerajaan yang mereka telah lama menguasainya. Inikah dia hasil dari didikan parti yang telah lama memerintah. Tidak kah mereka belajar dari kesilapan dan kesalahan orang lain atau dari kesalahan diri sendiri yang begitu banyak mereka lakukan itu? Baik Najib mahu pun Muhyiddin, mereka adalah dari kumpulan dan bermentaliti yang sama, iaitu membeli perasaan dan undi rakyat dengan menggunakan wang rakyat itu sendiri?
Kita merasakan amat mual dan menjelekkan mendengar kata-kata Muhyiddin yang mengatakan mengundi pembangkang itu adalah mengundi untuk menolak rezki kerana hanya BN boleh memberikan BRIM kepada rakyat.  Dalam pada mereka ini berusaha untuk mendapatkan sokongan rakyat mereka memalui proses berkempen itu dengan menghina orang ramai seolah-olah hanya BN yang boleh memberikan rezki sedangkan kita tahu rezki itu datangnya dari mana.
Itulah sebabnya janji-janji Pakatan Rakyat itu lebih menepati kehendak ramai kerana dengan hanya menghapuskan tol dan penghapusan PTPTN itu sahaja sudah jauh melebihi keuntungan dari menerima BRIM seribu dua itu. Dengan hanya mendapatkan BRIM rakyat masih terpaksa membayar kos pendidikan anak-anak serta perjalanan orang ramai yang semakin hari semakin tinggi itu.
Dengan penghapusan bayaran tol dan PTPTN ini sahaja sudah menguntungkan rakyat puluhan ribu ringgit jumlahnya setahun. Lebih penting lagi rakyat tidak akan mendengar ungkitan-ungkitan seperti yang dilakukan oleh Najib setiap malam melalui TV semasa melawat seluruh negara sekarang ini. Beri rakyat sejemput tetapi di ungkit setiap malam dalam ucapan-ucapan mereka setiap hari. Wang yang diberikan itu seolah-olah wang Barisan Nasional, tetapi mereka terlupa wang itu adalah wang rakyat sendiri yang tidak putus-putus membayar cukai kepada kantung negara setiap tahun itu.
Sesungguhnya negara mesti bermula dengan politik dan negara yang baru. Rakyat sudah tidak berdaya menahan cemuhan dan penghinaan dari pimpian setiap hari. Marilah kita berusaha mencari jalan kearah pembaharuan ini. Kata Muhyiddin itu jelas membuktikan yang pemimpin UMNO mahu membuktikan bangsanya boleh dijual beli dengan wang ringgit mereka sendiri yang sejemput.

Kepada kedua-dua pimpinan UMNO ini orang Melayu rendah darjatnya.....beli undi mereka dengan empat lima ratus ringgit sahaja sudah cukup untuk memenangi pilihanraya.Pemimpin-pemimpin ini sudah hilang hidayah dan tidak pun merasakan yang orang Melayu sudah tidak mahu lagi di pujuk dengan wang ringgit. Mereka mahukan sebuah kerajaan yang bermoral dan brdispin dan faham tentang tanggungjawab terhadap negara dan rakyat.
Kita mulakan pencarian ini dengan menolak BN dalam pilihanraya kali ini. Insyaallah secara beransur-ansur kita akan dapat memperbaiki mentaliti kerajaan dan rakyat pada masa-masa yang akan datang.
Masanya pun sudah hampir tiba. Lakukanlah pembaharuan itu tanpa was-was. Selari dengan usaha-usaha kita itu, kita berdoa dengan intensif agar kita berada di dalam sepenuh keredhoan Allah SWT.