Friday, August 16, 2013

Najib nafi usaha tubuh kerajaan perpaduan dengan Anwar- UTUSAN MELOYA

Najib nafi usaha tubuh kerajaan perpaduan dengan Anwar

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
August 16, 2013
Latest Update: August 16, 2013 05:32 pm
Perdana Menteri hari ini menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung wujudnya rundingan kerajaan perpaduan di antara pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar), dakwaan berkenaan hanyalah “daya imaginasi” kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.
Katanya, perbincangan mengenai kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutamanya Anwar serta kepimpinan PR masih tidak menerima keputusan pilihanraya umum ke-13 (PRU13) dan mempertikai keputusan tersebut.

“Satu-satunya perjanjian politik yang ada ialah usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU13 bagi mendapat persetujuan agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihanraya.

“Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRU13 bagi mendapatkan perjanjian politik agar menghormati keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui namun Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa berlaku penipuan dalam proses PRU13,” katanya dalam satu kenyataan diedarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Perdana Menteri menjelaskan pengesahan Anwar berhubung kerajaan perpaduan merupakan satu “ciptaan dan rekaan” kepentingan politik pihak pembangkang.

Asia Sentinel melaporkan pada Isnin bahawa Anwar mendedahkan Najib telah menghubunginya untuk mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara Umno dan PKR.

Anwar berkata beliau menolak cadangan berkenaan berikutan isu asas mesti diselesaikan dahulu seperti menghentikan serangan perkauman ke atas kaum Cina dan India melalui akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. - 16 Ogos, 2013.

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers