Saturday, January 14, 2017

LETAK JAWATAN PENGERUSI MARA, KETUA PENERANGAN UMNO!!



KEPADA TMJ...TUANKU MEMANG TERBAIKLAH....DIHARAPKAN TUANKU MENDEDAHKAN LAGI BANYAK KEPINCANGAN TENTANG 1 MBD JUGA FELDA....BAYAK SUDAH PENDEDAHAN DARI YB RAFIZI RAMLI....SAMA SAJA..DIAM......SEBAGAI PENYOKONG KUAT TUANKU...PATIK MERAYU AGAR TUANKU LAKUKAN SESUATU...JIKA TIDAK...HABIS LA NEGARA KITA DI ....



Apa pilihan untuk Annuar Musa?

Sebaik didedahkan tentang tajaan oleh Pelaburan Mara Bhd dan UniKL kepada pasukan bolasepak Kelantan, dengan bangga beliau mengatakan tidak perlu perlu melayan "hujah-hujah bodoh" seperti itu.

Tetapi, tidak lama kemudian segera berubah fikiran  apabila dengan bangga mengatakan pasukan bolasepak Kelantan tidak pernah menerima tajaan walau satu sen pun daripada Mara.

Tetapi hari ini, berlainan lagi nadanya.

Semalam rupa-rupanya Annuar tidak sedar bahawa bersama pendedahan Tengku Mahkota Johor itu turut sama disertakan salinan surat permohonan tajaan, cek dan slip bank sebagai bukti apa yang didedahkannya.
Alasannya, beliau sedang berada di kawasan Taman Negara yang tidak mempunyai kemudahan internet, lalu tidak mendapat gambaran sebenar mengenainya, sebaliknya hanya berdasarkan mesej dan panggilan daripada kawan-kawannya saja.

Makna kata, jika tidak ditunjukkan bukti, walaupun mengetahui perkara yang sebenarnya, Annuar masih lagi cenderung untuk menafikan perkara itu.

Hanya setelah tidak mampu menafikan dan berdalih, barulah beliau mengaku akhirnya.

Sebab itu, hari ini nada Annuar berubah lagi. 

Katanya, pendedahan bukti-bukti itu menunjukkan tajaan kepada pasukan bolasepak Kelantan telah dijalankan dengan telus serta teratur.

"Bagi saya, kita ucapkan terima kasih atas edaran itu kerana ia menunjukkan kedua-dua pihak lakukan dengan begitu teratur. Ada tawaran, ada rundingan dan tawar menawar, ada kontrak, ada baucer, ada resit dan lain-lain lagi.

"Saya percaya bukan dengan UniKL saja, tetapi dengan semua penaja lain. Semuanya dibuat secara tertib dan berperaturan," ujarnya lagi.

Mengapa tidak awal-awal lagi Annuar mengakui perkara sebenar berkenaan tajaan itu sedangkan beliau tahu duduk perkara yang sebenarnya?

Begitukah sikap pemimpin yang bertanggungjawab?

Nampaknya sekali lagi Annuar keliru. 
Isunya bukan sama ada tajaan itu dilakukan dengan telus, teratur atau sebaliknya, tetapi wajar atau tidak dua anak syarikat Mara menaja sebuah pasukan bolasepak dan wujud konflik kepentingan atau sebaliknya?

Soal kedua-duanya berstatus anak syarikat juga tidak timbul kerana dana asalnya tetap diperolehi daripada Mara induk yang fokus utamanya adalah memperkasa bidang pendidikan, kemahiran dan keusahawanan.

Mara pula sudah tentu memperolehi dana tahunannya daripada peruntukan yang diberikan oleh kerajaan dengan menggunakan wang rakyat.

Selain itu, tajaan kepada Kelantan ini juga berkaitan konflik kepentingan di mana Annuar juga adalah Pengerusi Mara, Pengerusi Pelaburan Mara Bhd dan Presiden bolasepak Kelantan sebelum mengundurkan diri baru-baru ini.

Hanya UniKL dipengerusikan oleh seorang pemimpin UMNO Selangor, namun ia masih terletak di bawah Mara.

Soal konflik kepentingan adalah isu besar yang perlu dijawab dan dijelaskan oleh Annuar dalam perkara ini kerana menjadi Pengerusi Mara ada hubung kait dengan sikap jujur serta amanah kepada anak bangsa sendiri.

Jika tidak, dengan dalam masa yang sama juga berkapasiti sebagai Ketua Penerangan UMNO, beliau lebih menjadi liabiti kepada parti itu.

Siapa lagi mahu mempercayai kata-katanya dan ramai ahli-ahli UMNO tentu kecewa dengan apa yang telah dilakukannya di agensi kerajaan itu.

Paling wajar dan tepat, meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Mara dan Ketua Penerangan UMNO adalah pilihan yang terbaik bagi Annuar sebelum pihak polis dan SPRM harus diberi ruang melakukan penyiasatan terhadapnya. (SH 13/01/2016).


Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers