Sunday, May 17, 2015

TERKINI: Calon presiden PAS di Lubnan menghadiri mesyuarat Palestin



Calon presiden PAS di Lubnan menghadiri mesyuarat Palestin

 NOTE: Pihak suara Pakatandaily akan mengadakan temuramah khas bersama calon Presiden PAS selepas beliau pulang dari Lubnan. Kunjungi :  Suarapakatandaily.com

 

 

Calon presiden PAS di Lubnan menghadiri mesyuarat Palestin

Calon Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang kini berada di Assaha Lebanese Traditional Village, Lubnan menghadiri sidang Connference of Global Palestin, hari ini.
Dalam emel kepada suarapakatandaily, Ahmad turut menghantar foto beliau bersama delegasi Arab lain ke persidangan tersebut.

11009138_1065960030099216_4742147683095102517_nAhmad dijangka pulang ke tanah air dalam beberapa hari lagi untuk memulakan kempen merebut jawatan Presiden PAS selepas mengumumkan beliau mencabar presiden sedia ada, Abdul Hadi Awang.

Bekas Naib Presiden PAS ini dijangka akan memberi tentangan sengit. Tinjauan pendapat daripada beberapa penganalisis politik mendapati sokongan ke atas Ahmad dan Hadi dalam kalangan perwakilan yang akan mengundi di Muktamar Pemilihan Jun depan tidak banyak berbeza.

Ahmad agak ketinggalan dengan 40 peratus sokongan sementara Hadi di depan dengan 60 peratus. Kempen di saat akhir berkenaan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat dan perlaksanaan Hudud di Kelantan dijangka akan merapatkan jurang sokongan dan menentukan siapakah pemenang jawatan presiden.

Walaupun MB Kelantan Ahmad Yaakob pernah berkata tiada siapa yang layak mencabar Hadi namun kalangan profesional PAS berpendapat Ahmad mempunyai kewibawaan setaraf Hadi.

10411757_1065959883432564_7409227448722687649_nBuktinya Ahmad Awang masih diundang ke persidangan antarabangsa mengenai Palestin walaupun telah beberapa tahun tidak menjawat apa-apa jawatan dalam PAS.

Ahmad sebelum ini aktif menyertai dan menerajui pertubuhan-pertubuhan NGO dalam pelbagai bidang khususnya dalam dakwah dan pendidikan.

Di antaranya Persatuan Ulama Malaysia (PUM) selama kira-kira 17 tahun; dan Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan lebih 20 tahun.

Lain-lain pertubuhan yang pernah dipimpin beliau adalah Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, Persatuan Bekas Pelajar Maahad Al-Ehya’ Ash-Shariff Gunung Semanggol dan Persatuan Pelajar Kolej Islam Malaya.

Ahmad Awang juga pernah menjadi Pengerusi Panel Syariah Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia, Timbalan Pengerusi Panel Syariah Bank RHB, dan anggota Panel Syariah beberapa institusi kewangan yang lain.

Di peringkat antarabangsa, beliau pernah dilantik sebagai ahli Persidangan Agung Dakwah Islam Sedunia Libya, ahli senat Universiti Islam Baghdad Iraq dan ahli Persidangan Himpunan Islam Republik Islam Iran.

Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers