Thursday, July 17, 2014

Tuduhan PANAS: MB Khalid AKUR KEPADA DAIM?

Tuduhan PANAS: MB Khalid AKUR KEPADA DAIM?

Tuduhan PANAS: MB Khalid AKUR KEPADA DAIM?
Saya amat bimbang apabila Malaysiakini terus mengetengahkan spekulasi perjanjian air di sebalik perkembangan di Kajang tetapi menutup mata terhadap salah sebuah tindakan yang paling kontroversi iaitu penyelesaian luar mahkamah antara Khalid Ibrahim dan Bank Islam.

Setakat ini, hanya sedikit sahaja laman-laman web telah melaporkan isu itu. Namun begitu, ia tidak membuat pendedahan yang mendalam terhadap penyelesaian luar mahkamah itu memandangkan implikasinya yang agak besar.
 
Potongan RM80 JUTA?
Dipendekkan cerita, The Edge Financial Daily telah menyoal Khalid Ibrahim berkaitan terma-terma penyelesaian di luar mahkamah kerana khabar angin mengatakan bahawa Bank Islam telah menarik balik saman terhadap Menteri Besar Selangor dalam pertukaran potongan menjangkau nilai RM80 juta.

Khalid Ibrahim pernah meminjam RM60 juta daripada Bank Islam untuk membeli saham dan apabila harga saham jatuh, dia akhirnya terpaksa membayar sebanyak jumlah itu(ditambah pula dengan faedah) kepada Bank Islam.

Mereka yang berada dalam bidang perbankan mengetahui bahawa penyelesaian di luar mahkamah diketuai oleh Rashid Manaf yang juga dikenali sebagai bekas peguam Daim yang juga kroni Umno melalui Renong dan transaksi - transaksi lain.

Apa yang mungkin tidak diketahui ialah Khalid Ibrahim telah menyembunyikan semua perbincangan mengenai penyelesaian itu dari peguamnya, Malik Imtiaz yang tidak tahu menahu walau sedikit pun.
Potongan muktamad selepas Khalid setuju serah aset air
Ini berlaku pada masa yang paling sesuai - setelah Selangor mengumumkan bahawa ia bersedia untuk menyerahkan aset air kepada kerajaan persekutuan dan sikap berdiam diri Khalid Ibrahim dalam menangani isu-isu agama dan kaum yang bermula di Selangor.

Kepada rakyat Malaysia yang biasanya bersifat ingin tahu, siri perkembangan ini boleh dikatakan sangat mencurigakan dan amat wajar jika penelitian lebih dekat dilakukan terutamanya  di pihak Khalid Ibrahim, sekurang-kurangnya demi ketelusan dan integrity beliau.

Apabila The Edge Financial Daily menanyakan soalan ini kepada Khalid Ibrahim, beliau dipetik seperti cuba mengelakkannya dengan menyatakan bahawa ia adalah transaksi peribadinya yang tiada kaitan dengan kerajaan mahupun parti.

Apabila Haris Ibrahim mula menerbitkan isu ini di blog , saya merasa bertanggungjawab untuk menulis kepada laman-laman web kerana demi ketelusan dan integriti, Khalid Ibrahim dan Bank Islam perlu menjelaskan apakah asas dan terma-terma penyelesaian .

Biar rakyat membuat keputusan untuk diri mereka sendiri sama ada terdapat mana-mana perjanjian yang terlibat kerana ia adalah perlu untuk membersihkan nama mereka dengan segera. Jika tidak, khabar angin bahawa perkembangan di Kajang bermula kerana Khalid Ibrahim berada dalam situasi yang agak sukar akan terus menjadi buah mulut.

Oleh sebab itulah saya fikir ianya adil jika laman-laman web seperti Malaysiakini dan yang lain untuk melaporkan perkara ini dengan lebih bersungguh-sungguh daripada mengejar spekulasi yang membayangi perjanjian air.

Saya faham bahawa imej Khalid Ibrahim begitu baik di mata orang ramai. Untuk mempertahankan imej itu, beliau tertakluk kepada penelitian awam untuk memberi penjelasan terutamanya apabila broker yang ada kaitan dengan Umno seperti Rashid Manaf juga terlibat.

Saya kini menunggu untuk melihat sama ada Malaysiakini , The Malaysian Insider , The Malaymail Online, Malaysia Chronicle, fz.com , The Heat, FreeMalaysiaToday dan yang lain-lain akan mendedahkan cerita ini.

Jika tidak (dan saya tidak hairan), mungkin masalah yang lebih besar masih lagi media yang berat sebelah, hanya melaporkan berita untuk siapa yang mereka sokong. - Rakyat Prihatin - MELBAG


Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers