Setelah
pelbagai pihak bangun menghentam dan memperlekeh usaha penganjur
perhimpunan 'Janji Demokrasi' gara-gara tindakan beberapa pemuda
mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya / Saka Bulan Bintang', barulah
sekumpulan anak muda menjelaskan bahawa mereka berniat menyedarkan
masyarakat terhadap sejarah negara. Niat memang baik dan bagus, tapi tempat, suasana dan ketikanya tidak sesuai!
Tindakan anak-anak muda itu umpama
memberi peluru pada ketika pengkritik 'Janji Demokrasi' ketiadaan
peluru. Tindakan itu lebih banyak menyusahkan daripada memberikan
manfaat. Malah, tindakan kalian kini dikaitkan Najib dengan Pakatan Rakyat!
Jika betul-betul berazam untuk
memperkenalkan semula 'Sang Saka Malaya / Saka Bulan Bintang', mengapa
tidak dilakukan di perhimpunan 'Janji Ditepati' yang berlangsung di
hadapan perdana menteri di Stadium Nasional Bukit Jalil? Tunjukkan
kepada Najib sebab dia yang berkuasa sekarang. Mungkin dia mampu
melakukan sekarang demi 'Janji Ditepati'.
Jika itu yang dilakukan, anak-anak muda
pasti akan disanjung oleh sekurang-kurangnya oleh pihak yang
bersama-sama ingin menegakkan demokrasi. Sebaliknya, apa yang berlaku
sekarang, tindakan kalian menerima cemuhan demi cemuhan.
Cemuhan daripada pihak umno/BN memang
telah dijangka kerana mereka hampir kehabisan isu. Dan kini cemuhan
daripada jutaan Rakyat yang ingin melihat demokrasi sebenar tertegak di
bumi Malaysia. Kalian rugi kiri dan kanan. Yang paling malang, kalian
menimpakan beban percuma ke atas bahu penganjur 'Janji Demokrasi' dan
Pakatan Rakyat! Sekarang ada faham?
Tengok... Najib dah jadikan modal....
Najib dakwa PR mahu tukar Jalur Gemilang
SUNGAI BULOH, 1 Sept — Datuk Seri Najib Razak hari ini mendakwa Pakatan Rakyat (PR) bertanggungjawab untuk mengubah bendera Malaysia, Jalur Gemilang.
Perdana Menteri itu juga berkata disebabkan Putrajaya masih lagi dikuasai Barisan Nasional (BN), hasrat PR itu tidak dapat dilaksanakan mereka.
"Semua mereka nak ubah... mereka juga ingin menukar bendera kita.
"Banyak perkara mereka nak lakukan, tapi tak boleh lakukan, kerana kuasa Putrajaya dalam tangan kita," tegas Najib disambut tepukan gemuruh lebih 100,000 hadirin yang menyertai majlis Rumah Terbuka BN Selangor di sini.
Najib turut melihat tindakan kerajaan Selangor tidak menjemput Sultan Selangor ketika sambutan ambang Kemerdekaan di Dataran Shah Alam Khamis lalu bukanlah satu tindakan yang mengejutkan.
Sebaliknya, Pengerusi BN itu menegaskan, kerajaan PR juga lebih menghormati Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mempunyai "locus standi" berbanding Sultan Selangor.
"Soal tidak hormat Sultan Selangor bukan mengejutkan kita ... mereka lebih hormat penasihat ekonomi yang tidak ada locus standi," tegasnya.
Tambahnya, Sultan Selangor adalah simbol kepada perpaduan dan kedaulatan negeri dan seharusnya baginda diberi penghormatan.
"Baginda adalah simbol kepada negeri yang perlu kita hormati."
Najib juga turut menegaskan Putrajaya akan kekal dikuasai BN selepas pilihan raya umu ke-13 akan datang.
"Kita akan merempuh dalam pilihan raya akan datang dan pastikan Putrajaya kekal menjadi milik BN," tegasnya lagi.
Bagaimanapun, ketika sidang media hari ini, PKR turut mengecam keras tindakan sekumpulan individu yang mengibarkan bendera yang dikatakan akan menggantikan Jalur Gemilang semasa perhimpunan Gabungan Janji di Dataran Merdeka kelmarin.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan, tindakan berkenaan bukan perilaku rakyat Malaysia yang sepatutnya dan PKR tidak mendukung tindakan sedemikian.
"Saya menegaskan ini bukan perlakuan yang perlu dibuat rakyat Malaysia. Ia tindakan tidak sopan dan bertanggungjawab dan PKR tidak mendukung tindakan biadap seperti ini.
"Ia pastinya bukan tindakan yang baik," kata Azmin kepada pemberita sewaktu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Bagaimanapun, Azmin menjelaskan, PKR tidak akan melakukan siasatan berhubung insiden berkenaan kerana program itu bukan anjuran mereka sebaliknya ia adalah anjuran badan bukan kerajaan.
"Perhimpunan itu bukan anjuran PKR, ia inisiatif NGO dan mahu ajak rakyat Malaysia menghayati semangat kemerdekaan.
"Tapi dalam perhimpunan besar seperti itu, ada individu yang cuba mengambil kesempatan," katanya lagi.
Azmin juga turut tidak bersetuju dengan tindakan tersebut dan menolak sekeras-kerasnya perilaku kumpulan berkenaan.

Oleh Mohd Farhan Darwis - Malaysian Insider
Sebab Mengapa Sang Saka Malaya dikibarkan!!!
Saya dan saudara Zairi shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dimalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka. Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini. Saya ingatkan penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan Rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.
Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British. Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku. Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.
Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). bla.. bla.. bla...

... Sang Saka
Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah
Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak
yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar
Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.
Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan disebalik sang saka Malaya ini.

- Najwan Halimi (Jika nak baca, selengkapnya di sini)
(LM 02092012-2) Tempat & waktunya tak sesuai la ngok!