Penyanyi Yasin Sulaiman dilantik sebagai duta rasmi kempen pilihanraya PKR
KUALA
LUMPUR 17 FEB: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini melancarkan
Gagasan Anak Muda Malaysia atau ‘Dokumen Merah’ yang mengandungi lima
tawaran kepada anak muda Malaysia sempena pilihan raya umum ke-13 (PRU
13).
Lima
perkara itu ialah gagasan pemberdayaan pendidikan, gagasan kualiti
hidup, gagasan kesaksamaan poltitk dan demokrasi, gagasan perumahan
strategik dan gagasan merakyatkan kebudayaan dan sukan anak muda.
“Pelancaran
rasmi akan dibuat di Melaka oleh Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat
Akin,” kata Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip sambil
memaklumkan arikh tersebut akan dimaklumkan kemudian.
AMK
turut melancarkan video klip lagu ‘Reformasi’ di ibu pejabat KEADILAN
hari ini, nyanyian artis Yasin yang menjadi lagu rasmi kempen AMK di
seluruh negara.
“Yasin
adalah duta rasmi kempen pilihan raya AMK. Beliau bersama AMK akan
bergerak mengelilingi Malaysia dan turun ke setiap kawasan ditandingi
calon AMK,” kata Rozan.
Beliau
menjangka, selepas berita penyanyi Yasin sebagai ‘duta rasmi’ AMK dan
‘Dokumen Merah’ dilancarkan, undangan persembahan dan jemputan kempen
program akan meningkat.
Justeru
sebarang komunikasi melibatkan jemputan termasuk kempen pelancaran
;Dokumen Merah’ AMK boleh dibuat melalui Setiausaha AMK, Julailey Jemadi
atau Setiausaha Kerja AMK, Syed Badli Shah Syed Osman.
Tonton lagu Reformasi nyanyian, Yasin, KLIK INI.