Oleh:Pukul Canang
Persoalan terbaharu yang dilontar oleh ahli parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz adakah sistem beraja yang diamalkan Malaysia perlu dimansuhkan demi menjayakan proses demokrasi, sudah tersasar jauh daripada hala tuju politik PAS.
Berkata Nik Abduh: “Anda perhatikan, adakah negara kita perlu menukar sistem beraja demi mencapai keadilan dengan alasan adanya raja, maka keadilan akan terbantut selamanya?
"Jika begitu, kita sudah terlalu jauh merajakan demokrasi dan pilihan raya. Islam menolaknya,” kata beliau menerusi catatan di Facebook.
Sejak sekian lama PAS berjuang melalui sistem demokrasi dan mengiktiraf pilihan raya. Belum pernah terjadi seorang ahli parlimen parti itu mempersoalkan sistem pilihan raya atau demokrasi.
Sebelum ini, Nik Abduh juga menggelar ahli politik yang mahukan pilihan raya PBT sebagai ekstremis demokrasi.
Faktanya, tidak wujud erti kata ekstremis dalam sistem demokrasi. Setiap pemimpin dipilih rakyat. Proses pengundian akan terdedah kepada debat dan dalam debat seorang boleh menang atau kalah. Ekstremis tidak suka kepada debat dan sering memaksakan idea mereka ke atas semua orang.
Nik Abduh boleh sahaja tidak suka kepada pilihan raya PBT secara peribadi tetapi tidak boleh mempertikaikan proses pemilihan tersebut yang mana beliau sendiri diangkat sebagai ahli parlimen melalui pengundian. Beliau juga tidak boleh menyamakan tindakan menyingkir raja sebagai ekstrem demokrasi. Di negara Arab yang mengekalkan institusi raja pun banyak negara yang tidak beraja.
Cara lantik pemimpin
Demokrasi adalah satu sistem yang paling mudah untuk melantik pemimpin. Islam juga tidak menghalang pilihan raya dalam mana-mana peringkat sekiranya dengan cara itu pemimpin terbaik boleh dilantik.
Islam pernah berada dalam sistem pemerintahan khalifah selepas zaman para sahabat Nabi Muhammad swt. Namun terdapat sistem yang lebih baik untuk menjamin pentadbiran yang telus pada zaman moden melalui proses pilihan raya umum. Ia juga sesuai diamalkan untuk masyarakat berbilang bangsa seperti di Malaysia. Kaum Cina dan India sebagai minioriti misalnya, perlu diwakili melalui perwakilan yang dilantik secara langsung oleh rakyat.
Sekiranya tidak, akan berlaku ketidak cekapan dan diskriminasi terhadap sesuatu kaum yang membantutkan perkembangan ekonomi. Malaysia bukan negara kaya minyak dan mampu memberi subsidi dalam semua perkara. Rakyat perlu bersaing untuk hidup dan maju.
Amat merisaukan pemikiran generasi pimpinan muda PAS yang berfikir secara berundur ke belakang. Corak pemikiran Nik Abduh hanya boleh ditemui dalam jemaah Tabligh. Tabligh menentang demokrasi kerana percaya falsafah sistem itu akan menjadikan pengikutnya berkiblat kepada Yahudi dan Nasrani.
Tidak mungkin jemaah PAS mahu dibawa ke dalam arus fikiran 'ketinggalan' seperti itu. Di sinilah timbulnya persimpangan antara puak ulama PAS dan puak profesional.
Membelakangkan demokrasi
Ahli PAS yang yakin ulama mampu membimbing mereka ke arah politik yang betul harus memikirkan kembali konsep 'walak tidak berbelah bahagi' mereka selepas wakil puak ulama, Nik Abduh mengeluarkan kenyataan yang membelakangkan konsep demokrasi.
Adakah PAS akan dibawa ke arah yang betul apabila puak ulama ini menguasai jawatan-jawatan penting dalam parti itu pada Muktamar pemilihan Jun nanti?
Inilah persoalan yang sangat sukar untuk dijawab. Setakat ini ulama seolah-olah tidak toleran dengan kritikan rakyat. Sedangkan rakyat itulah yang mengundi mereka dalam PRU lalu. Rakyat hanya mahu PAS melaksanakan janji-janji demokratik yang dimeterai dalam PRU.
Pilihan raya PBT termaktub dalam manifesto Pakatan Rakyat Selangor. Rakyat Selangor yang bertanya bilakah ia akan dilaksanakan dan mengkritik pimpinan PAS sama sekali tidak boleh dipersalahkan. Jika PAS tidak bersetuju dengan pilihan raya PBT maka rakyat akan mengundi parti lain.
Namun adakah PAS akan terus berkeras dengan keengganan itu sekiranya mereka kalah dalam PRU 14 kelak? Berkemungkinan besar ulama sama yang anti demokrasi akan mengubah kebijaksanaan.
Bagi mengelakkan PAS naik turun prestasinya maka perwakilan ke Muktamar kelak wajib berfikiran terbuka dengan mengukuhkan kepimpinan puak profesional. Sekurang-kurangnya, pendirian puak profesional lebih berjejak di bumi nyata. Mereka menyokong pilihan raya pada semua peringkat kerana mereka diangkat ke kedudukan politik melalui proses tersebut.