Beberapa
blog dan akaun media sosial turut menyebarkan gambar tersebut dengan
peringatan agar jangan lagi diadu-domba hubungan antara kedua-dua
pemimpin itu kerana segala-galanya dikatakan sudah kembali seperti
sediakala.
Ada
juga yang menghebahkan khabar bahawa atas usaha pemimpin tertentu yang
menjadi orang tengah, Mahathir sudah kembali menyokong Najib dan selepas
ini tidak lagi melakukan apa-apa kritikan, terutamanya berkaitan
ekonomi, pengurusan kerajaan dan hutang 1MDB.
Dikatakan
juga, atas kepentingan UMNO dan BN menghadapi pilihanraya akan datang
yang agak kritikal, Najib dan Mahathir akan saling bekerjasama erat
selepas ini untuk memastikan kuasa yang selama ini digenggam tidak
terlepas ke tangan pihak lain.
Bagaimanapun,
hanya sekeping gambar bersalam itu saja yang dijadikan bukti mengenai
hubungan yang dikatakan sudah pulih itu. Baik Najib atau Mahathir,
kedua-duanya tidak ada bercakap apa-apa mengenainya.
Sejak
mengumumkan penarikan balik sokongannya kepada Najib, Mahathir mula
menjadi pengkritik paling lantang dengan antaranya menjadikan hutang
1MDB, kelemahan kepimpinan dan pemberian BR1M sebagai sasarannya.
Soalnya,
benarkah hubungan mereka sudah pulih dan ok? Benarkan Mahathir sudah
kembali menyokong Najib dan ingin beliau terus menerajui negara ini?
Walaupun
tersenyum ketika bersalam dengan Najib di tangga Masjid Negara selepas
menunaikan solat Jumaat dan bertahlil untuk mangsa MH370, sebenarnya
ramai yang tidak tahu bahawa pada hari tersebut juga Mahathir turut
mengadakan pertemuan dengan sekumpulan bekas pemimpin UMNO dan pegawai
tinggi kerajaan di pejabatnya di Muzium Kesenian Islam.
Dalam
pertemuan tersebut selama hampir dua jam itu, Mahathir dikatakan terus
melontarkan kritikannya terhadap Najib dan kerajaan, terutama berkaitan
hutang 1MDB. Isu lain yang turut disentuh ialah masa depan UMNO,
kedudukan Anwar Ibrahim dan keputusan mahkamah berkaitan pembunuhan
Altantuya yang menyabitkan Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar dengan
hukuman mati.
Mahathir
tetap lantang meluahkan kebimbangannya dengan pengurusan ekonomi
negara ketika ini, hutang yang kian meningkat serta apa yang berlaku
dalam 1MDB yang sudah boleh dianggap sebagai suatu skandal kepada
negara.
Secara
keseluruhannya, dalam pertemuan itu, Mahathir bukan saja dilihat kekal
dengan sifat mengkritik dan menegur terhadap kepimpinan Najib, malah
nadanya yang keras juga boleh dikatakan sebagai bukti penolakannya yang
tetap sama seperti sebelum ini.
Mahathir
tidak berubah sama-sekali pendiriannya sejak beliau mengumumkan tidak
lagi menyokong Najib, kata sumber yang mengetahui tentang pertemuan dan
perbincangan yang diadakan di Muzium Kesenian Islam itu.
Kata
sumber itu lagi, berjumpa, bersalam dan sama-sama tersenyum tidak
boleh dijadikan logik bahawa Mahathir sudah berbaik dan menerima semula
kepimpinan Najib kerana yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri
itu ialah berkaitan masa depan negara.
Tidak
mungkin dengan isu besar yang dibangkitkan Mahathir selama ini boleh
selesai hanya dengan bersalam di tangga masjid saja, tambah sumber itu
lagi. (SH 04/02/2015)
Gambar Najib bersalam dengan Mahathir inilah yang dijadikan bukti kononnya hubungan mereka sudah pulih...