Saturday, November 7, 2009

KRITIK ORANG LAIN BOLEH,KRITIK PARTI SENDIRI MARAHKAN ORANG

Pak Lah versi PAS : Aziz Bari

Mengakui analisis Dr Abdul Aziz itu selari dengan tinjauannya mengenai kepercayaan politik, termasuk terhadap PAS, Dr Abu Hassan menyatakan kekecewaannya terhadap sikap beberapa peserta melepaskan geram kepada pembentang.

"Seminar politik sebegini diadakan buat kali pertama dalam sejalah politik negara. Masalah sepatutnya diselesaikan dengan intelektual, bukan dengan perbalahan. "Kenapa datang dengan soalan yang tersedia dari rumah, kemudian marah kepada pembentang. (Sikap) ini primitif. Yang hendak dibincangkan, (soal) kecerdikan politik.


"Kita kena tahu di kurun apa kita berada. (Zaman) ini bukan abad ke-13,” katanya, kali ini disambut tepukan gemuruh, tidak seperti kebiasaan penyokong PAS yang gemar bertakbir.Malah, setiap komen yang mengkritik kepemimpinan PAS dan kerajaan perpaduan sering disulam tepukan peserta, berbeza dengan reaksi terhadap pandangan yang mempertahankannya.Sementara itu sewaktu menggulung hujahnya, Dr Abdul Aziz berkata beliau tidak mempunyai bukti atau "ubat" untuk memantapkan PAS.

Begitu lah tanggapan penulis Dr Abu Hasaan terhadap sesetengah wakil PAS yang tidak mahu parti mereka di kritik.pada hal kritikan membina ini mebawa kepada kebaikan demi menjadi parti yang mengusai majoritinya sama seperti Umno yang mewakili kaum Melayu, namun Pas di lihat lebih terbuka sedikit apabila menerima ahli dari bukan Melayu dalam sedikit masa lagi sebagai sayap sokongan.

Friday, November 6, 2009

SEMBANG-SEMBANG-NEW VIDEO FROM CJM

Thursday, November 5, 2009

AS kenakan sekatan ke atas subsidiari bank Iran di Malaysia

AS kenakan sekatan ke atas subsidiari bank Iran di Malaysia

06/11/2009 2:45am

WASHINGTON 5 Nov. - Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas sebuah subsidiari Bank Mellat milik Iran yang beroperasi Malaysia kerana dikatakan membantu membiayai perkembangan senjata pemusnah besar-besaran.

Jurucakap jabatan itu berkata, Bank Mellat telah ‘membantu berjuta-juta dolar untuk program nuklear Iran’.

Sekatan juga dikenakan terhadap pengerusi Bank Mellat, Ali Divandari yang memainkan ‘peranan penting dalam aktiviti dan proses membuat keputusan’ bank tersebut.

20 PENGKIANATAN TERHADAP MELAYU

MENIFESTO NI TELAH DIGUNAKAN KETIKA PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN PERMATANG PAUH DAN JUGA PILIHANRAYA KECIL PENANTI DAN JUGA PERMATANG PASIR.




Berikut adalah antara senarai pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu:

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihan raya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakarian 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

18. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa.

19. Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004.

20. Mengkhianati amanah rakyat dengan merampas kerajaan negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak bermoral pada Februari 2009.

KES MB-JIKA DILIHAT SITUASAI APA YANG TERJADI DALAM KES LINGGAM-SEMUA DAPAT MENEKANYA

PENDAPAT UMUM-M,KINI

TUNGGU MAHKAMAH RAKYAT

Jika di lhat dari kes yang berlaku dalam isu video Linggam, umum dapat meneka apakah kes MB lawan MB ini akan berakhir dengan kemenangan YB Nizar.Namun boleh di teka bahawa ianya mungkin menjadi 3-2 buat Nizar kerana , ianya bukan mahkamah rakyat yang menentukan. JIka mahkamah rakyat yang menentukan, sudah tentulah ianya menjadi 5-0 atau pun 4-1 buatNizar.

Adalah tidak mungkin Umno akan membiarkan PR menconteng setelah sejauh ini Umno telah memiliki Perak. Soal sah atau tidak , namun adalah tidak mungkin untuk membenarkan 11 hakim mendengar kes ini jika Umno telah melakukan yang terbaik untuk menawan Perak.

Meminta Umno untuk mengembalikan keadilan kepada rakyat dan kerajaan Perak sama seperti mengharapkan Hitler mengampunkan Nazi.

Kemungkinan Nizar memenangi 3-2 juga adalah sesuatu yang tidak di jangka.Menahan dan memiliki Perak untuk masa kini tidak juga menguntung Umno. Jadi keputusan mungkin 3-2 dan akhirnya Perak akan mengistiharkan pilihanraya negeri atau pun menunggu pilihanraya umum nanti dan dengan isu bahawa kerajaan BN memberikan keadilan kepada rakyat Perak adalah sesuatu yang begitu nampak elok di mata rakyat dan pentadbiran DS Najib.

JADI PR HARUS BERSABAR DAN KEMPEN BERTERUSAN ADALAH LEBIH BAIK SEHINGGA MAHKAMAH RAKYAT MENENTUKAN DALAM PILIHANRAYA UMUM NANTI.

KELANTAN TAK MAHU EHSAN,MAHU HAK ROYALTI




Negeri-negeri lain yang mempunyai sumber minyak yang diterokai oleh Petronas seperti, Sabah, Sarawak, dan Terengganu mendapat wang royalti, tetapi kenapa Kerajaan BN hanya memberikan 'wang ehsan' sedangkan itu adalah hasil bumi Kelantan yang diakui oleh ramai pakar geografi dan petroleum termasuk dari pihak Petronas sendiri.


Kes wang ehsan berlaku pada Terengganu semasa pentadbiran PAS di negeri tersebut.Kini setelah Umno mentadbir negeri Terengganu, wang royalti di berikan.Ini adalah kerana dengan wang Ehsan, Umno dijangka kukuh dengan melaburkan duit kepada rakyat melalui Umno.

Duit ambil undi PR.Hal yang sama akan berlaku di Kelantan dimana duit 'wang ehsan' itu akan masuk ke kantung kroni BN melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan tanpa melalui Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan.

Jika ini berlaku, bermakna rakyat Kelantan tidak akan mendapat manfaat apa-apa melainkan sekadar layanan seperti peminta sedekah kepada Kerajaan Pusat. Namun menurut Husam Musa,Kerajaan Negeri Kelatan akan mengkaji dan Kerajaan negeri akan melantik peguam bagi membuat kajian mungkin membatal hak carigali kepada Petronas yang ditandatangani pada 1975 sekiranya tuntutan royalti minyak tidak dipatuhi kerajaan pusat.


Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, penal peguam terbabit akan membuat kajian terperinci berhubung tindakan yang perlu diambil berikutan royalti ditukar kepada wang ehsan.


Selain itu, kerajaan negeri juga mungkin mengambil tindakan mahkamah di luar negara termasuk perintah injunksi menghentikan pengeluaran di kawasan pembangunan bersama Malaysia-Thailand (JDA) kawasan pengurusan komersial Malaysia-Vietnam (CAA).

Persoalannya sekarang, kenapa Sabah, Sarawak dan Terengganu dibayar royalti sedangkan kedudukannya lebih daripada tiga batu nautika berbanding Kelantan hanya tiga batu nautika,� ujarnya.

SHUKRI BAKAL DI TAHAN POLIS ??


Terhadap Pahang Daily Online, Editor PDO Bakal Ditahan Sekali Lagi Untuk Hadapi Siasatan Lanjut


KUANTAN, 5 Okt - Lanjutan daripada kes saman RM2 juta, Saiful Bukhari Azlan terhadap blog Pahang Daily Online (PDO), maka kami ingin memaklumkan bahawa salah seorang Editor Eksklusif PDO iaitu Mohd Shukri Mohd Ramli (foto), 38 atau lebih dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau bakal ditahan sekali lagi oleh pihak polis dalam masa terdekat ini.


Menurut sumber, pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman akan menahannya sekali lagi untuk siasatan lanjut kes tersebut. Beliau sebelum ini telah ditahan dan disoal siasat selama lebih 8 jam berhubung dengan kes tersebut. Difahamkan, sehingga ke hari ini peguam Saiful masih belum menyerahkan writ saman yang difailkan berhubung dengan laporan fitnah terhadap penyakit misteri beliau selama ini.

"Saya telah dihubungi oleh pegawai penyiasat JSJK Bukit Aman semalan, yang menyatakan mereka akan datang ke Kuantan untuk menahan saya dan isteri berhubung kes berkenaan" kata Shukri. Kes saman Saiful terhadap PDO menggemparkan negara sebelum ini, namun sehingga ke hari ini tidak ada apa-apa tindakan yang berlaku. Saiful kini sedang berhadapan dengan kes liwatnya dengan Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Mohd Shukri yang dikenali sebagai salah seorang editor Pahang Daily telah di tahan sebanyak 2 kai sebelum ini.Penahanan lepas berlaku dalam tahun ini juga.

KENYATAAN MEDIA YB CHONG ENG



Kenyataan Media: Kritikan Tun Dr Mahathir Terhadap Pendidikan Cina Tidak Berasas dan Berbaur Perkauman



041109 Kuala Lumpur



Barisan Nasional patut menanangi masalah pemisahan kaum daripada factor-faktor pokoknya dan bukan berbalik-balik kepada isu sekolah aliran perdana lawan sekolah vernacular.


Kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad baru-baru ini supaya Negara kita mengikut cara Amerika Syarikat, Kanada dan Australia supaya hanya mempunyai sekolah satu aliran hanya bagaikan mengulangi semula persoalan lama. Tun Dr Mahathir juga menyalahkan golongan pendidik Cina atas kegagalan projek sekolah wawasan beliau.



Ini bukannya kali pertama Tun Dr Mahathir ataupun pemimpin UMNO-Barisan Nasional cuba menyalahkan masalah kaum di Negara ini ke atas pendidikan vernakular. Pada bulan Disember yang lalu, anak Tun Dr Mahathir yang kini seorang Timbalan Menteri, Datuk Mukhriz Mahathir telah menyeru supaya pendidikan vernakular dihapuskan.


Kritikan Tun Dr Mahathir terhadap pendidikan vernakular gagal mengambil kira latar belakang social, sejarah dan budaya di Negara kita. Pendidikan Cina, umpamanya, telah berpusat dan berkembang di Negara ini sejak kurun ke-19 lagi. Daripada menyalahkan pendidikan vernakular dan mengikut jejak langkah Negara-negara lain, Malaysia patut berasa bangga terhadap sistem pendidikan pelbagai aliran kita yang unik.


Tuduhan Tun Dr Mahathir bahawa masyarakat Cina enggan membenarkan anak-anak mereka untuk berintergrasi dengan kaum lain adalah tidak berasas sama sekali dan berbaur perkauman. Majoriti pelajar sekolah-sekolah rendah Cina akan menyambung pelajara di sekolah-sekolah menengah bantuan kerajaan dan terdapat kira-kira 70,000 pelajar bukan kaum Cina di sekolah-sekolah tersebut.



Masyarakat Cina di Malaysia berhak untuk meneruskan sistem pembelajaran yang unik yang sudah kira-kira 200 tahun lamanya di Negara kita.


Memandangkan bahawa negara China kini bakal menjadi kuasa ekonomi utama dunia, UMNO-Barisan Nasional patut merangka strategi untuk menjadikan Negara kita sebagai sebuah pusat pendidikan bahasa Cina yang cemerlang di rantau ini. UMNO-Barisan Nasional tidak boleh berpandangan sempit dan perlu membuka minda serta mengubah pendirian perkauman mereka yang semata-mata bertujuan mendapat markah politik.



Terdapat banyak isu-isu yang perlu diberi perhatian untuk memupuk integrasi nasional. Ini termasuk masalah Rakyat Malaysia diasing-asingkan oleh UMNO-Barisan Nasional kepada kategori bumiputera dan bukan bumiputera. Parti pemerintah mestilah menanangi isu ini sebelum menuding jari dan menghalang masyarakat Cina dari mendapatkan pendidikan pilihan mereka.


Chong Eng


Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Timbalan Setiausaha Agung DAP

Pengarah Biro Pendidikan DAP



Wednesday, November 4, 2009

UMNO DAN KEMPEN NAJIB TIDAK AKAN BERJAYA

Kepimpinan Umno perlu sedar bahawa keputusan yang dibuat oleh pemimpin cawangan atau peringkat bawahan mungkin menghalang
orang baru iaitu golongan profesional muda menyertai parti itu.

Mantan perdana menteri dan bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tidak akan berlaku pembaharuan tanpa orang baru dalam parti serta parti itu akan semakin kecil.

"Saya fikir perkara penting bagi kepimpinan Umno adalah kesedaran bahawa Umno semakin kecil kerana pemimpin peringkat bawahan sebenarnya menyekat kemasukan orang baru menyertai Umno.

"Jika tiada pembaharuan, mereka (pemimpin peringkat bawahan) akan menjadi tua dan bersara, namum mereka sahaja yang ada untuk rakyat membuat pilihan," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada majlis siri wacana perdana ke-10 bertajuk 'Peranan Wanita dan Pemuda Dalam Pembangunan Negara' di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Semasa sesi soal-jawab mengenai ucaptamanya, Dr Mahathir juga mengulas bahawa ia bukan kegagalan sistem tetapi salah guna pendekatan yang berlaku di peringkat bawahan.

Beliau menjelaskan bahawa untuk menjadi seorang ahli Umno, seseorang itu terlebih dahulu perlu menyertai cawangan berbanding berdaftar secara langsung dengan parti.

Bagaimanapun, pemimpin peringkat bawahan mungkin melihat orang baru ini sebagai ancaman kepada kedudukan mereka dan berkomplot untuk menyingkirkan orang baru ini.

"Sistem ini bukan teruk tetapi pemimpin peringkat cawangan perlu memahami bahawa untuk Umno berjaya, Umno memerlukan lebih ramai pemimpin handal," katanya.

Dr Mahathir juga mengingatkan golongan muda supaya memberi lebih tumpuan kepada pendidikan dan menimba ilmu serta kemahiran supaya menjadi pemimpin yang berwibawa dan tidak membuang masa mengadakan demonstrasi.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata undang-undang dan peraturan yang dilihat mendiskriminasi golongan wanita perlu dikaji.

Katanya, dalam masyarakat Islam terdapat beberapa injunksi Islam yang perlu dikaji sama ada ia benar-benar Islam atau tidak yang mendiskriminasi wanita.

Bagaimanapun, katanya, negara ini bertuah kerana keadaan tidak begitu buruk di sini berbanding negara Islam lain.

"Kebebasan Islam di negara ini jauh lebih baik berbanding negara Islam lain dan dalam keadaan tertentu, negara bukan Islam juga," katanya.

Dr Mahathir menjawab soalan seorang wakil kumpulan Sisters in Islam (SIS) yang bertanya sama ada undang-undang yang tidak mencerminkan perubahan peranan wanita dalam masyarakat perlu diubah di mana wanita kini menjadi rakan dan bukan didominasi. BERNAMA


Betul-betul...ha..ha.Pakatan Jangan bimbang kerana yang bertanding nanti muka yang itu-itu juga,Umno akan tewas kerana ketua cawangan nak jadi ketua seumur hidup,orang bijak pandai sila sertai PAS dan DAP atau PKR....kerana tok ketua tidak menyukai orang pandai sertai umno......





Press Release on an upcoming event: "Jom Daftar Undi and One Buck ShortConcert

", Please publish this event if see fit.I welcome you to call me for futher enquiries. 019-4728099.
Sincerely,Sim


Program Jom Daftar Undi and One Buck Short ConcertJom Daftar Undi is a six-month program to actively register new voters. Wewill open counter together with Suruhanhanjaya Pilihanraya (SPR) at the mainhall of QueensBay Mall from November, 2009 to April, 2010. It isnon-partisan and neutral program, and supported by the Government agency.


We feel strongly that register as voter is every citizen's obligation. It isthey duty to come forward to register themselves.
To mark the start of this six month program, we begin with a launching forJom Daftar Undi by organizing a Concert by One Buck Short Band (OBS). OBS isa popular band that has followings across the country. Hopefully, they willattract young people and create awareness about the importance to registeras voter. The event will be officiated by Deputy Chief Minister I of Penang,YB Dr. Mansor bin Othman.

Several young YBs across the country will also grace the event andhopefully, their youthfulness will attract young voters to interact withthem and thus creating the awareness that young people can also change thecountry for the better. (See list below)


*The launching of "Jom Daftar Undi" program:*Date: November 7th, 2009 (saturday)Time: 4.00pm-6.30pmVenue: QueensBay Mall North Zone Ground Floor, PenangOrganizer: The Office of YB Sim and Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)Dignitaries: YB Dr. Mansor (Guest of honor), YB Nurul Izzah, YB Yusmadi, YBManikumar, YB Amir Shari, YB Sim Tze Tzin and many more.


This event is organized by the Office of YB Sim Tze Tzin, ADUN PantaiJerejak together with Suruhanjaya Pilihanraya. The Queensbay Mall isgenerous enough to host the event. We also recieved the support from UnitEhsan Malaysia and many individuals to become volunteers in this event. Theevent will be opened by Deputy Chief Minister I of Penang, YB Dr. Mansor binOthman.

Together, several young YBs from across the country will beparticipating in this activity. They are namely: YB Nurul Izzah, MP LembahPantai, YB Yusmadi Yusoff, MP Balik Pulau, YB Manikumar, Exco Kedah, YB AmirShari, ADUN Batu Cave. YB Sim Tze Tzin, ADUN Pantai Jerejak is the host forthis event.


*Why Jom Daftar Undi?*According to statistics by UNDP Malaysia Report and Merdeka Center YouthSurvey, about 44% of young people did not register to vote. About 32% ofpopulation of Malaysia is between 20-39 years old. Therefore it is estimatedthat about 3.6 million eligible voters did not register to vote. This is astaggering number.


Most of the young people surveyed by Merdeka center thought that voting isnot high priority in their lives. Among other reasons given are busy andother commitment, no time, indifferent or negative towards politics. Some 8%of people surveyed even said they don't know where to register as voter.


S
*Objectives of this event*Given this background, we think that it is important to engage young peoplein this political process, to exercise their democratic rights, to give themgreater say in the future of this country.


Therefore, we want to register as many young voters as possible during thisperiod.
It is also noteworthy to state that, with General Election speculated to beheld within next 12 months, it is vital to register early because, it willtake about 6 months to process the voters list. We do not want to repeat theexperience of 1999, a many as 680,000 young voters registered but did notgranted the voting rights because of "long process time".


Queensbay Mall is strategically situated at the heart of FTZ, Bayan Baru,where large crowd of young people stay work and entertain themselves. Wehope this will attract more young people to register.


*Volunteers Needed*As this is a six month continuous program, we need volunteers to help manthe counter every saturday 3-5pm. If you feel strongly about this Jom DaftarUndi Exercise, Please contact our coordinator Jason <incubus_skj@yahoo.com> andAfif <afifbahardin@gmail.com> to volunteer in this program.
*The Schedule Launching Program**4.30pm: Ice-breaking by MC
5.00pm: Cheerleading / Boom Boom Dance
5.20pm: Opening Speech by YB Sim Tze Tzin
5.30pm: Opening / launch by DCM I Dr Mansor
5.35pm: Band Performance (ONE BUCK SHORT), followed by Interactive Gameswith audience and Young YBs.*
6.30pm: Close
Sim Tze TzinADUN Pantai JerejakState Assemblyman of Penang12-J-2 Jalan Rumbia11900 Bayan Lepas,Pulau PinangTel: +6019 472 8099Fax: 04-2260633Website: www.pantaijerejak.comBlog: www.simformalaysia.comfacebook: simtzetzin@gmail.comtwitter: simtzetzin@gmail.com

--Sim Tze TzinADUN Pantai JerejakState Assemblyman of Penang12-J-2 Jalan Rumbia11900 Bayan Lepas,Pulau PinangTel: +6019 472 8099Fax: 04-2260633Website: www.pantaijerejak.comBlog: www.simformalaysia.comfacebook: simtzetzin@gmail.comtwitter: simtzetzin@gmail.com

Tuesday, November 3, 2009

KELANTAN: DS NAJIB SETUJU ROYALTI MINYAK TAHUN DEPAN

K'tan dapat wang ehsan
Nov 4, 09 10:58am

Kerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantarkan surat kepada perdana menteri mengenai tuntutan bayaran royalti 5 peratus, yang berjumlah RM1 bilion, hasil petroleum dan gas cecair di perairan Kelantan.

Kerajaan negeri membuat tuntutan itu tahun ini setelah mengetahuinya melalui laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 sehingga kini.

M,kini

AKHIRNYA PAKATAN RAKYAT MOHON DI DAFTAR KAN

Terkini....4/10/2009


Maklumat terkini yang di beritahu telah menjelaskan bahawa PR telah menghantar surat permohonan untuk menjadi sebuah penyatuan berbagai parti dalam sebuah wadah perjuangan seperti Bn kepada pentaftar pertubuhan awal minggu.

Menurut maklumat yang jelas, seseorag dari ROS telah menerima surat permohonan tersebut awal minggu ini.


Menurut maklumat dari pihak kerajaan, 10 nama dari DAP,PAS,PKR telah di senaraikan dalam pendaftaran tersebut,bersama dengan dasar,tujuanobjek dan dijangkakan akan di bentangkan kepada umum dalam pertemuan pertama konvensyen PR bulan hadapan.


Logo yang di sertakan dengan "Matahari memancar" juga di berikan- menandakan bahawa "kebangkitan baru" untuk untuk negara, yang menunjukkan bahawa iaya satu simbol menentang lambang dacing Bn.

Pihak PR percaya akan ada sedikit kelewatan berdasarkan kepada tindakan yang telah di ambil oleh pendaftar pertubuhan Datuk Md Alias Kalil.

Md ali menjelaskan bahawa menurut surat akta dibawah seksyen 2 pendaftaran pertubuhan di bawah akta 1966, menjelaskan bahawa mana-mana pertubuhan politik harus mempunyai 7 pertubuhan politik yang bernaung di bawahnya sebagai sebuah gabungan parti politik.

Gabungan 3 parti politik pembangkang terbesar telah memenangi hati rakyat pada 8 Mac tahun lalu apabila berjaya menggabungkan ke tiga-tiga parti dalam sebuah gabungan yang di namakan sebagai Pakatan Rakyat dan menguasai 5 buah negeri.


Namun sejak akhir-akhir ini beberapa pergolakan dalaman yang berlaku dalam pakatan dilihat seolah-olah gabungan ini agak longgar, namun menurut berbagai penganalisis politik ianya adalah dalam proses mematangkan parti dan menempis pihak-pihak yang tidak menunjukkan peningkatan yang baik sebagai wakil untuk berkidmat kepada rakyat.

Pakatan harus ingat bahawa sebagaimana rakyat mnenolak Bn, iaya mungkin akan menolak semuala PR jika keadaan tidak meyakinkan rakyat.

Namun di bawah DS Najib Umno/Bn sedang berusaha keras mengatur sesuatu yang dilihat poenganalisa sebagai perkembangan yang agak sihat, dan sedang memancing semula undi rakyat.

LIVI STRAUSS MENINGGAL DUNIA


Ahli antropologi Claude Levi-Strauss mati

04/11/2009 2:21am

PARIS 4 Nov. - The Academie Francaise berkata, cendekiawan berpengaruh Perancis, Claude Levi-Strauss, yang dianggap sebagai bapa antropologi moden, mati pada usia 100 tahun.

Beliau dikenali di seluruh dunia sebagai individu yang membentuk semula bidang antropologi, memperkenalkan konsep baru berkaitan corak kelakuan dan pemikiran, terutama mitos dalam masyarakat primitif dan moden.

Sepanjang kariernya yang sepanjang enam dekad itu, dia telah menulis banyak bahan bacaan dan buku antropologi klasik termasuk ‘Tristes Tropiques’ (1955), ‘ The Savage Mind’ (1963) dan ‘The Raw and the Cooked’ (1964). - AP

RAKYAT HARUS BEBAS BERSUARA,SAYA DI FITNAH_DR ASRI





BUKIT MERTAJAM-Dr Asri yang berceramah di markas tarbiah Ibnu Qayyum di Mengkuang menjelaskan bahawa atas alasan apa beliau di tahan.Ini adalah kerana menurut beliau rakyat haruslah di benarkan menyuarakan pendapat dengan berani bersuara dengan terang dan benar.menurut beliau lagi,Islam itu adalah sesuatu yang indah jika pandangan dan pendapat itu adalah benar tanpa melindungi sesuatu yang disebaliknya.


Kebebasan bersuara haruslah diberikan kepada rakyat dan golongan moden dari kalangan anak muda yang mendapat pendidikan tinggi, namun tidak dibenarkan bersuara.Menurut beliau lagi, tindakan yang beliau lakukan tidak mewakili mana-mana fahaman politik malah beliau berkata yang benar berdasarkan nas dan hadis tanpa menyeleweng.


"Adakah dengan bersuara sesuatu yag bertentangan itu dianggap sebagai menentang.Ada yang membawa memorendum kepada Agong menyatakan saya mengajar dan berfahaman wahabbi?Jika begitu semua pelajar saya di USM akan dianggap sebagai mendapat pandangan yang salah.Saya mempunyai penuntut dikalangan pelajar yang membuat master dan juga Phd,Jadi saya bersalahkah?"

Menurut beliau lagi, ILIM JAKIM Zamihan Mat Zain Al Ghari serta persatuan peguam syarie Malaysia adalah antara pihak yang bertanggungjawab jika semua dakwaan ke atas beliau ini adalah tidak benar.


"Saya akan mengambil tindakan ke atas mereka-mereka ini kerana menjatuhkan maruah serta kresdibili saya sebagai seorang insan yang bertanggungjawab dengan apa yang saya lakukan selama ini.Saya punya sijil dan tauliah dan takkan saya mengajar selama ini tanpa kelulusan dan sebagai bekas mufti apakah ini masih menjadi satu isu yang menyatakan saya memalsukan sijil saya", tagas Dr Asri.

Semasa menjalankan tangkapan ,menurut beliau pihak berkuasa yang seramai hampir 50 orang dan pegawai JAIS yang langsung tidak beretika ketika menahan beliau .Adakah ini caranya kita menunjukkan cara kita kepada masyarakat bukan islam dan Ini amat memalukan.
Ceramah yang di hadiri hampir seribu orang itu meberikan penjelasan bahawa ada pihak -pihak tertentu yang mahukan beliau ditahan.Saya bukan mahukan jawatan di YADIM dan cuba tanya jika Hj Nakaei diterima oleh PAS dan Umno?saya tidak mahu menyatakan siapa di sebalik semua ini, namun ianya amat sedih bagi menghalang golongan yang mahu mendapatkan ilmu dan amat sedih kerana jika pandangan kita yang berbeza dianggap menentang.

FORUM SISTEM DUA PARTY-SOSIOLISME


PENGUMUMAN

SOSIALISME 2009 – SISTEM DUA PARTI (TWO PARTY SYSTEM)
14-15 November 2009 Chinese Assembly Hall,
Kuala Lumpur 1, Jalan Maharajalela,
SISTEM DUA PARTI DI MALAYSIA SUATU ANALISA KRITIKAL

Forum Sosialisma adalah satu acara tahunan anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang diadakan sejak tahun 2005. Namun setiap tiga tahun sekali. PSM juga menganjurkan Sosialisma Peringkat Antarabangsa.Pada tahun ini, Sosialisme 2009 adalah peringkat nasional tetapi jemputan juga dibuka kepada penyertaan peserta-peserta dari Parti kiri di Asia Tenggara.
Pada tahun ini, penyertaan peserta Asia Tenggara dari Indonesia, Thailand, Phillipina, Singapura akan turut bersama untuk memantapkan debat dan perbincangan.

Topik Sosialisme 2009 yang dipilih adalah Sistem Dua Parti “ suatu analisa Kritikal. Sejak Tsunami Pilihanraya Mac 8, 2008. Politik Malaysia buat pertama kalinya memberi satu harapan bahawa Barisan pembangkang – Pakatan Rakyat mempunyai harapan untuk memerintah negara buat kali pertama. Harapan ini mencetuskan debat bahawa Malaysia semakin matang untuk pergi ke sistem politik dua parti.

Namun beberapa persoalan terus wujud dari segi keberkesanan sistem dua parti dan pengalamana di negara lain, persoalan samada penukaran parti membawa kepada penukaran sistem pemerintahan dan ketiga samada ada, teori politik berperingkat (stages) merupakan satu pengalaman yang wajib dilalui sebelum perjuangan sebenar dilaksanakan .

Dalam forum ini kertas kerja akan di bentangkan dalam 3 TOPIK iaitu
Teori sistem dua parti dan pengalaman Negara lain ,
BN vs PR - Apakah Masa depan Sistem Dua parti di Malaysia ?
dan Kuasa Ketiga?.
Panel-panel yang akan menyampailan pemikiran mereka dalam topik tersebut adalah

Speaker 1: Dr. Farish Noor “ Political scientist, Author and Senior Fellow at the Rajaratnam School of International Studies at Nanyang Technical University (NTU)
Speaker 2: Vipar Daomanee – Turn Left, ThailandSpeaker
3: Dr. Jeyakumar – PSM Central Committee Member and MP for Sg.SiputSpeaker
4 : Saifuddin Nasution, PKR Think Tank & MP for Machang
5 : Wong Chin Huat , Political scientist and activist
6 : Khalid Samad – PAS Central Political Bureau and MP for Shah AlamToh Kin Voon (Researcher and former GERAKAN State Assemblyman and State Executive Councillor of Penang)
Speaker 7 : Muhammad Sabu (PAS Central Committee Member)
Speaker 8 : S.Arutchelvan ( PSM Secretary General)
Speaker 9 : Toh Kin Voon (Researcher and former GERAKAN State Assemblyman and State Executive Councillor of Penang)

Yuran Pendaftaran adalah RM 20 dan RM 10 untuk pelajar.
Untuk segala pertanyaan lain mengenai cara mendaftar dan bayaran,
sila hubungi Bawani di 016-9008202 ,
Segar di 016-5582644 email atau
S.Arutchelvan- 019-2537791 email di arul.psm@gmail.com.
Di keluarkan oleh
K.KunasekaranPenyelaras Sosialisme 2009
016-5582644

Press Statement: Shahrizat, Legislate Against Sexual Harassment at Workplace Now -



Opposition Will Support Bill If BN’s Male MPs Refuse


021109 Kuala Lumpur


I refer to Women, Family and Community Development Minister, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil’s statement in the press today. She told employers to take reports of sexual harassment at workplace seriously. Shahrizat also admits that many victims suffer in silence and employees are reluctant to report such cases due to fear of job termination.



This issue is not a new problem. DAP and women rights NGOs have pre-empted the lack of protection against sexual harassment at workplace and limitation of redress when such cases occur. We have been calling for the Government to legislate against sexual harassment in the past ten years but the Government refused to comply.



In 2001, a coalition of women NGOs, Joint Action Group against Violence against Women (JAG-VAW, now JAG) had submitted a memorandum with a thoroughly researched proposal for a Sexual Harassment Bill to the Human Resource Ministry. The Bill is to replace the existing voluntary Code of Practice on the Prevention and Eradication of Sexual Harassment in the Workplace.



Up till today, the Government has failed to take any initiative to introduce the proposed Bill.
In the same press report, Labour Department D-G Datuk Ismail Abdul Rahim claimed that the introduction of such Bill “could lead to a dull and rigid environment in the workplace”. This clearly showed the mentality of a Government unconcerned for the welfare of the working class and have total disregard towards gender sensitivity.



The Government, especially Shahrizat, should realized that if even a senior civil servant in charge of labour can conclude that preventing sexual harassment will make the workplace “dull”, how little respect for gender and sexual sensitivity there will be in the actual working environment.



If Shahrizat really takes sexual harassment seriously, then the time is now to legislate against it. However, if the Minister is facing the same chauvinistic mentality and indifference from her Barisan Nasional male colleagues in Parliament to introduce the anti sexual harassment bill; rest be assured the Opposition bench, female and male MPs, will stand united to support her.



Chong Eng

Bukit Mertajam MP DAP

Deputy Secretary-General

DAP Wanita Chief

Monday, November 2, 2009

PENDAKWAAN KECIL KECILAN

Wong, Yahya didakwa seleweng


Bagaimanapun intergriti kerajaan akan di persoalkan oleh orang ramai apabila pendakwaan terpilih sebegini dan di lihat kecil-kecilan untuk mengabui mata masyarakat.Bagaimana pula dengan bekas menteri besar Selangor,Pahang, Terengganu ,Kedah dan banyak lagi kes yang melibatkan lingkupnya hasil negara dan hak rakyat.


Inilah yang di persoalkan oleh rakyat dan peringatan pada pilihanraya 2008 kepada kerajaan Bn itu memang berlaku,bukan kerana apa yang Pakatan lakukan sekarang ini tidak baik , tetapi oleh kerana kelemahan kerajaan Bn,Umno yang masih mengamalkan cara lama mendekati anak muda sebagai sebahagian zaman kini untuk menggantikan pemimpin mereka masa depan.

Umum mengetahui anak muda mindanya lebih terbuka,bebas,dan juga agresif,maka kerana itu cara sekarang ini ,Umno masih di belakang.Umno harus berubah dan jika tidak berubah PAS akan mengambil alih dari Umno sebagai wadah menggantikan Umno.Pembahruan sedang berjalan sesuai dengan sebuah parti yang sedang maju membangun.

Jangan pula ADUN PR membuat kesilapan yang telah Bn/Umno lakukan...jika tidak rakyat tidak akan berpatah balik..




TERKINI KES ANWAR ..ORANG RAMAI MENANTI UNTUK MENDENGAR KETERANGAN SAIFUL

Permohonan Anwar batal pertuduhan liwat 23 November

03/11/2009 9:56am

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 November ini bagi mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan pertuduhan kes liwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari.

Mohd. Saiful yang turut hadir di mahkamah bersama bapanya memberitahu pemberita, beliau kecewa dengan penangguhan tetapi tetap bersabar menunggu perbicaraan.

Beliau juga memberitahu, sudah bersedia untuk memberi keterangan pada bila-bila masa.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah turut menetapkan tarikh yang sama untuk sebutan kes liwat tersebut.



Orang ramai pun tak sabar-sabar nak tengok Saiful ni bercerita di mahkamah.Kita nak dengar macamana kes Azizan dahulu yang sanggup menutup muka apabila waratwan Australia ke pejabat beliau.....Saiful ada pejabat di mana??macamana dengan 6 bodyguard yang menjaga beliau???Tok Bomoh di Raub tentu bagi semangat kuat....

Sunday, November 1, 2009

MALAYSIA KEHILANGAN ARAH- TENGKU RAZALEIGH


Tengku Razaleigh semalam membidas kerajaan apabila menjelaskan bahawa ramai penduduk kehilangan keyakinan dalam negara sendiri berbanding dengan apa yang berlaku di luar sana. Menurut bel;iau dengan berbagai sistem yang di lihat tidak dapat menyakinkan rakyat dan juga ibu bapa dari segi pendidikan dan juga tanggapan orang ramai terhadap institusi kehakiman dan juga pihak berkuasa.




Veteran Umno ,Tengku Razaleigh berkata demikiandalam jamuan makan malam persatuan bekas pelajar British semalam. Beliau berkata kebanyakkan ibubapa menjelaskan bahawa "jika anda berada di luar sana dan berasakan ianya selesa ,sila berda di sana, dengan sokongan dari ibubapa", demikain jelas beliau.



" Ibubapa menyatakan kepada anak-anak mereka yang berada di luar sana agar kekal di sana , dan menyatakan bahawa tidak ada apa yang anda dapat jika berada di Malaysia.Semua nostalgia lalau tidak dapat menghalang ibubapa menghantar anak-anak merekake sekolah swasta dan juga universiti swasta berbading dengan unniversiti dan juga sekolah yang mereka duduki dahulu", jelas beliau lagi.

Beliau setrusnya menjelaskan bahwa ada sesetengah pemimpin politik yang bercakap mengenai nasionalis , sekolah kita , namun dalam masa ang sama menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta , atau ke luar negara seperti di Australia atau British.


'Mereka lebih mengetahui dan memahami betapa keadaan yang berlaku kepada sekolah-sekolah , malah nasib seperti institusi kehakiman dan kepolisian yang tidak kemana , sebagaimana yang diharapkan.

Beliau juga menjelaskan betapa negara ini dihimpit kesukaran akibat dari kebobrokan sistem dan fungsi sebagai sebuah negara yang punya undang-undang yang berfungsi dengan bebas.

Ini semua termasuklah" sistem parlimen yang lebih jelas dan terbuka dalam negar demokrasi,undang-undang sivil dalam sesebuah pertubuhan atau badan tertentu,kebebasan dan ketelusan serta kecekapan sistem khidmat awam,termasuk sisitem pendidikan yang bagus,tentera dan polis,sekolah yang baik,perdagangan yang lengkap,canggih dalam amalan perdagangan, dan juga sisitem kewangan yang baik".

Beliau mengariskan beberapa perkara untuk di berikan perhatian yang sewajarnya di mana pembinaan sesebuah masyarakat itu harus secara serius, tetapi negara ini menghadapi masalah dengan sistem undang-undang dimana satu sistem undang-undang yang masih di takuk lama ,tidak telus , perlu kepada profesionalisme kakitangan awam.

Malaysia menurut Tengkurazaleigh punya semua kemudahan yang cukup baik,namun kehilangan masa depan berikutan dengan ketidakcekapan mengnakan bahan yang ada.


"Kita punya banyak kemudahan,Banyaknya kemudahan membeli belah dan juga lebuhraya, khasnya lebuhraya bertol.Ini bukan apa yang dikehendaki oleh kemudahan,kecuali sesetengahnya , namun kita kehilangan sesuatu khidmat kepada masyarakat kita sebagai sebuah negara yang memberikan kemudahan untuk kebajikan rakyatnya".

Beliau berkata, jika kita kehilangan sesuatu, atau pun ada ibubapa yang menyatakan kepada anak-anak mereka bahawa jangan pulang ke Malaysia, atau bercadang untuk berhijrah, ini bukan bermakna mereka mahu atau membenci negara ini,atau pun tidak mensyukuri dengan kemudahan lebuhraya yang dibina atau jambatan yang dibina.

" Ini adalah kerana mereka merasakan bahawa mereka ytidak mendapat apa-apa pun dari kemudahan yang dibina untuk mereka.Malah institusi berdasarkan undang-undang yang telus untuk menjamin keselamatan mereka, ketelusan dan juga keadilan adalah asas kepada kehidupan dan keyakinan dalam sesebuah masyarakat".

Beliau seterusnya menjelaskan betapa sistem pengunaan bahasa Inggeris adalah penting dalam hubungan antarabangsa, dan menyatakan bahawa negara ini bermula dengan baik mengikut acuan yang telah di landaskan sebelum ini, namun praktiknya masih lemah dan menyatakan bahawa ada kaedah tertentu yang mana pembelajran bahawa inggeris tersebut harus di laksanakan dengan lebih sempurna.





Terjemahan.Wrlr




TANGKAP TAPI TAK TAU NAK TUDUH APA

Terkini:GOMBAK, 2 Nov: Selama lebih 1 jam menunggu tetapi sehingga kini Mahkamah diberitahu tiada pertuduhan difailkan.

Dr Asri dilihat tiba pada jam 9 pagi tadi kerana diarahkan untuk hadir di mahkamah atas alasan secara lisan oleh pihak Jais bahawa beliau mengajar tanpa tauliah.


Dalam kejadian malam tadi,beliau ditahan oleh sepasukan anggota polis dan pegawai JAIS ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, Ahad malam.
Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Anggota Parlimen Ampang (KeADILan), Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang (PAS), Saari Sungib.

Beliau kini berada di pekarangan mahkamah sebentar tadi, beliau menbidas sikap pihak berkuasa dan pendakwa yang tidak hadir lagi sehingga kini.