MINTA BUBAR PARLIMEN, ADAKAH MENGUNTUNGKAN MUHYIDIN?


Muhyidin nak terus jadi PM, Umno dok tekan selalu dan dia pun dah tiada sokongan majoriti.  Dalam Parlimen, undi kpd PN tidak pernah lebih dari 111.  Bentang Bajet bulan Oktober nanti beliau akan dimalukan sebagai PM pertama dalam sejarah Malaysia yang bajetnya ditolak.  

Nak pilih bubar parlimen pulak, dia kena letak jawatan PM dan takkan dapat jadi PM selepas PRU samada BN/MN atau PH jadi kerajaan kerana PN atau Bersatu memang tiada kekuatan langsung.  Semua kerusi PN atau Bersatu akan ditandingi oleh BN/MN serta PH termasuk di Parlimennya di Pagoh.  Jawatan PM hilang, silap2 kerusi MP beliau di Pagoh pun hilang.

Kalau aku jadi Muhyidin, aku letak jawatan tanpa bubar Parlimen.  Biar semua MP pilih PM yang baru samada Anwar, Najib, Zahid atau lebai Hadi.  Sesiapa pun yg terpilih nanti, Muhyidin tetap sebagai MP Pagoh sehingga PRU15.  Dia cuma hilang jawatan PM sahaja.  Kalau pilih bubar pariimen, beliau akan hilang kesemuanya.  

Jangan jadi mcm Shafie Apdal.  Yang dikejar tak dapat (PM), yang dikendung (KM) pun ghuyub. 


WFAUZDIN NS



No comments: