*ANWAR OH ANWAR...*


Zanirun Baba

Meeting di Putrajaya sebelah pagi, dikhabarkan Yiddin nyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan sebagai PM. PAS tak setuju...

Sebelah petang pula mesyuarat MP UMNO di PWTC. UMNO pecah dua antara yang menyokong Anwar sebagai PM dan yang mahu Yiddin kekal sebagai PM. Sebagian besarnya mahu Yiddin disingkir sebagai PM dan sokong Anwar sebagai PM. PAS pun tak setuju... 

Pukul 8.00 pm malam tadi BN pula meeting. Meeting pun tak habis lagi saat artikel ini ditulis. Meeting pasal Anwar!! Sebahagian besar MP UMNO dan Najib mahu sokong Anwar sebagai PM. PAS pun bangkang tak setuju... 

PAS? PAS meeting juga, mahu Hadi jadi PM... Tak yah pedulilah dengan parti sampah yang takde pendirian tu, parti yang cuma kemaruk kuasa, dah dapat kuasa macam monyet dapat bunga... 

MCA dan MIC... Meeting ke tak meeting pun tak jadi kudis pun sebab hanya mewakili tak sampai 10% suara kaum masing-masing . Kira pasti sampah jugalah kan... 

Semua meeting pasal Anwar...

Tunjuk betapa dekatnya UMNO dengan Anwar. Najib dan Zahid dulu pun hardcore Anwar. Malam UMNO tewas PRU-14, Najib pun called Anwar minta nasihat dan pandangan.

Zahid dulu pun cakap sanggup mati kerana Anwar. Muhyiddin tu masa malam Anwar diterajang keluar dari UMNO datang jumpa Anwar ikut pintu belakang... 

Tak kisahlah sape yang nak sokong Anwar, asalkan Anwar yang lead. Dalam UMNO tidak ada seorang pun yang berani berhujah secara berdepan dengan Anwar. Hanya boleh cakap belakang2 je... Yang cuma berani, cakap depan TV3 dan Utusan je... Berdepan dengan Anwar mau terkencing dalam seluar lah gamaknya... 

Keadaan negara tak akan seteruk ini kalau bukan kerana pengkhianatan Azmin and the gangs dan Yiidin yang termakan hasutan Azmin, dan Atok yang dendam kesumat kat Anwar sampai ke mati. Kalau Atok serah kuasa kat Anwar seperti yang disepakati dalam masa 2 tahun, mungkin Yiddin dah jadi TPM kepada Anwar. Yiddin kena jauhkan diri dari Azmin pengkhianat haram jadah tu dan kembalilah kepada PH. Pergilah jumpa Anwar tu...

Firasat saya kata, kalau Anwar jadi PM, UMNO akan kehilangan sokongan yang besar, PAS pula akan semakin tercampak jauh kedalam hutan, hilang Kelantan hilang Terengganu. Buaya, biawak, jaws, jerung dan buaya tiap malam mimpi ngeri.

Biarkan mereka kerana rakyat akan bersama Anwar... Yang jatuh dan bangunkan mereka adalah rakyat, bukannya tauke-tauke besar dan bukan elit-elit politik... 

Semua meeting pasal Anwar... Sana sini kecoh pasal Anwar... Tapi tengok Anwar relaks je duk umah main dgn cucu, sapu sampah, susun rak buku, main chess...

Wallahualam...

 

No comments: