SELAMAT BERSARA DAN DOK DIAM DIAM

 Puteri Wangsa



Siapa dia untuk tentukan calon PM pembangkang? Mengapakah dia masih mahu dictate keputusan pembangkang? Sedangkan dia dan partinya tidak ada kena mengena dengan PH langsung.

Sebelum ini, ramai yang menuduh dia merancang segalanya sehingga PH terburai tapi aku masih berpandangan positif. Aku belum mahu bersetuju yang Mahathir sebagai mahu pecahkan PH.

Tetapi semakin lama semakin pasti. Sehingga aku tak mampu menipu diri aku sendiri. Nampak sangat pernyataannya seperti menjemput balah di dalam PH. Dan kerana itu, KESEMUA pemimpin PH sewajarnya menjauhi sosok ini.

Mahathir sepatutnya diangkat sebagai wira sepanjang zaman dalam pembentukan Malaysia Moden. Sayang sekali dia sendiri memadamkan legasinya dengan menyalahi aspirasi rakyat.

Maafkan kami wahai Tun. Tiada siapa dapat nafikan sumbangan Tun untuk negara ini tetapi dalam dinamika politik tanahair, kelibatmu terlihat semakin tidak lagi relevan. Selamat bersara.

Dia nak tarik perhatian saja..lebih baik jangan layan..lama lama dia meninggal sendiri.



No comments: