Perlembagaan Sabah beri peluang Shafie sebagai Ketua Menteri

 

FOTO: BORNEO TODAY


Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berakhir semalam tidak mempunyai sebuah parti yang menang melepasi majoriti mudah 37 daripada 73 kerusi.

 Manakala parti berdaftar yang menang paling banyak kerusi adalah Warisan, mendapat 29 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) 17 kerusi dan BN 14 kerusi.

 Berdasarkan Artikel 6(7) Perlembagaan Sabah, Yang Dipertua Sabah boleh melantik ketua sebuah parti berdaftar yang telah menang dalam pilihan raya umum sebagai Ketua Menteri dan diyakini mampu mendapat sokongan majoriti daripada DUN.

 Perkara tersebut juga ditegaskan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal dalam sidang media pada awal pagi tadi, mengulas keputusan PRN Sabah.

 “Kita dapat lihat dalam keputusan ini satu parti yang paling besar memperoleh kerusi ialah parti Warisan, iaitu dalam jumlah 29 kerusi yang telah kita menangi.

 “Jadi saya berharap ini merupakan satu penghargaan kepada semua rakyat yang telah menunaikan semua tanggungjawab mereka iaitu untuk merealisasikan satu kumpulan ahli-ahli yang terhormat yang dinobatkan untuk membolehkan kita untuk mewakili rakyat di peringkat negeri Sabah.

 

No comments: