BEKAS CALON BERSATU DAN KETUA PENAJA BAHAGIAN K.KRAU DAN BEBERAPA BEKAS AJK BERSATU SERTAI KEADILAN



Disaat Bersatu berada di dalam kerajaan pintu belakang setelah mengkhianati mandat rakyat dan ketika kumpulan Tun M menubuhkan parti baru semalam, pagi tadi bekas alon Parlimen K.Krau dari Bersatu yang juga bekas Ketua Penaja Bersatu Bahagian K.Krau, Pahang telah mengumumkan untuk menyertai Keadilan.

Mohamad Rafidee bin Hashim beserta beberapa orang bekas AJK Bersatu K.Krau di samping lebih kurang 200 ahli-ahli lama dan baru telah menyerahkan borang menyertai Keadilan kepada Ketua Cabang K/Krau, Sdr Hafez Harun pagi tadi di kediaman Sdr Rafidee. 

Tindakan beliau menyertai Keadilan adalah kerana yakin dengan parti pimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang lebih konsisten dan berprinsip di dalam usahanya memperjuangkan reform di dalam pentadbiran negara ini.  Tindakan jijik yang membelakangkan mandat rakyat demi nafsu dan kuasa oleh Bersatu menjadikan beliau tidk lagi yakin dengan perjuangan Bersatu.  Bersatu yang bersekongkol dengan Umno/Bn  yang dulu dikenali sebagai 'kleptokrasi' amat mengecewakannya.

Timbul persoalan, mengapa beliau tidak menyertai parti baru di bawah Tun M?   Mungkin baginya dan rakan-rakan, perjuangan Tun M tidak jelas untuk mengembalikan semula mandat rakyat.  Sikap Tun M yang tidak langsung boleh bertolak ansur dengan rakan sekutu di dalam PH terutamanya dari Keadilan menimbulkan keraguan tentang keihlasan Tun M untuk mengembalikan mandat rakyat.  Tindak tanduk Tun M dilihat seolah-olah mementingkan diri dan kemahuannya semata-mata.  Sebaliknya, Anwar dilihat lebih mampu bersabar dan konsisten dengan prinsipnya. 

Tahniah, saya ucapkan kepada Sdr Rafidee dan rakan-rakannya  yang telah sudi menyertai keluarga Keadilan.  Khabarnya, lebih ramai dari Bersatu di seluruh negeri Pahang akan mengikuti jejak langkah beliau selepas ini. 

WFAUZDIN NS



No comments: