Saturday, May 27, 2017

‘Buku rasis Annuar Musa’ bakal berdepan tindakan undang-undang




KUALA LUMPUR, 27 MEI: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini berkata pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap buku rasis yang dilancarkan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa semalam.
Buku bertajuk ‘DAP Bahaya Kepada Melayu-Islam Di Malaysia’ itu memuatkan 16 rencana hasil pertandingan penulisan memburuk-burukkan DAP anjuran bekas menteri UMNO itu.
Menurut Kit Siang, beliau belum lagi mendapatkan naskhah tersebut dan teruja untuk membaca buku itu.
“Adakah Annuar sanggup untuk bertanggungjawab terhadap pertandingan menulis rencana ‘Lim Kit Siang seorang rasis’ dan semua rencana yang memenangi pertandingan itu?” soalnya dalam kenyataan hari ini.
Dalam masa yang sama Ahli Parlimen Gelang Patah itu melahirkan rasa hairan bagaimana Annuar sebagai Ketua Penerangan UMNO boleh melancarkan buku tersebut.
“Adakah pemimpin UMNO kebal dari undang-undang?
“Saya dimaklumkan buku itu melanggar peraturan kerana tidak meletakkan nama penerbit dan pencetak sebagaimana dikehendaki oleh Akta Mesin Cetak 1984,” ujar beliau.
Seperti dilapor media, pemenang utama pertandingan menulis rencana memburuk-burukkan DAP dan Lim Kit Siang itu menerima hadiah RM10,000 manakala 25 pemenang yang terpilih menerima hadiah berjumlah RM50,000.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers