PRK Kuala Kangsar ajar Najib-Zahid: Nizar pertahan kenyataannya


Mohamad Nizar Jamaluddin Mohamad Nizar JamaluddinBekas Menteri Besar Perak Datuk Seri  Mohamad Nizar Jamaluddin mempertahankan kenyataannya bahawa pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar adalah untuk 'mengajar' Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid atas peranan mereka dalam krisis Perak pada 2009.
Itulah bagaimana beliau melihat kaitan antara krisis Perak pada 2009 yang menyaksikan kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan PRK tersebut, yang secara kebetulan, kedua-duanya di Kuala Kangsar, katanya.
Nizar berkata ia adalah intepretasi peribadi beliau mengapa Kuala Kangsar yang dipilih dan bukannya kawasan Parlimen lain.
"Jadi, saya hanya berkata bahawa kedua-dua kes ini mungkin ada kaitan. Itu sahaja.
"Saya mungkin salah, tetapi secara kebetulan ia berlaku di bandar yang sama," kata beliau sambil menambah bahawa kedua-dua insiden itu berlaku dengan izin Allah,kata Nizar seperti dilapor Malaysiakini  hari ini.
Oleh itu, Nizar enggan menarik balik kenyataannya itu atau memohon maaf, sambil menambah bahawa tidak timbul soal untuk bertaubat, katanya.
Bekas menteri besar itu melihat pilihan raya kecil itu sebagai untuk 'mengajar' Najib dan Zahid atas peranan mereka dalam krisis, yang menyaksikan BN mengambil alih kerajaan negeri Perak.
Dua pemimpin BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mempertikaikan kenyatakan Nizar sebelum ini yang mengaitkan PRK ini sebagai balasan kepada Najib  dan Zahid yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak pimpinan beliau.

No comments: