Sunday, March 13, 2016

KENYATAAN MEDIA

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
10 MAC 2016

BELANJA LEBIH RM1.5 BILION: BARISAN NASIONAL LANGGAR PERATURAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR)

Saya mengucapkan terima kasih di atas pengakuan Ketua Menteri Melaka, YAB Dato’ Seri Idris Haron bahawa Barisan Nasional telah membelanjakan lebih dari RM1.5 bilion dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada tahun 2013. Pengakuan ini sememangnya mengejutkan. Pertama, ia jelas bercanggah dengan pengakuan Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir yang mendakwa bahawa Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak mendedahkan bahawa BN membelanjakan hanya RM1.5 bilion sahaja dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Kedua, tindakan Barisan Nasional ini – sekiranya benar – jelas merupakan satu bentuk pelanggaran kepada undang-undang pilihan raya.

Saya merujuk kepada kenyataan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Dato’ Wan Omar Wan Ahmad yang dilaporkan media pada 17 Mac 2013 yang menegaskan bahawa SPR tidak akan menaikkan had bagi perbelanjaan membiayai pilihan raya bagi calon-calon yang bertanding. Dalam kenyataan yang sama, Wan Omar turut menegaskan bahawa had perbelanjaan maksimum yang dibenarkan bagi calon yang bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah RM100,000 manakala bagi calon kerusi parlimen pula adalah sebanyak RM200,000.

Kenyataan dari Timbalan Pengerusi SPR ini selaras dengan Sekysen 19 Akta Pilihan Raya 1954 yang hanya membenarkan belanja RM200,000 bagi calon Parlimen dan RM100,000 bagi calon DUN.

Jika kiraan kasar dibuat bagi setiap kerusi yang ditandingi oleh Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu, maka perincian perbelanjaan yang digunakan adalah seperti berikut:

DUN : RM100,000 x 500 = RM50,000,000

PARLIMEN : RM200,000 x 222
= RM44,400,000
JUMLAH = RM94,400,000

Berdasarkan kiraan kasar di atas, jumlah perbelanjaan keseluruhan pilihan raya jika bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen seluruh negara adalah sebanyak RM94.4 juta. Justeru, apakah kewajaran dan keperluan Barisan Nasional untuk berbelanja lebih dari RM1.5 bilion? Dan apakah perkara ini tidak menyalahi peraturan pilihan raya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh SPR? Jumlah RM1.5 bilion adalah nilai yang teramat besar serta mencecah 16 kali ganda dari jumlah yang dibenarkan oleh SPR!

Mengikut Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 juga, calon bagi setiap kerusi Parlimen dan kerusi negeri, masing-masing tidak boleh berbelanja melebihi had yang ditetapkan itu. Mereka yang didapati bersalah, boleh dihukum denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di mana terbatal kelayakan sebagai wakil rakyat dan kehilangan hak.

Undang-undang dan garis panduan yang telah ditetapkan ini jelas telah dilanggar secara terbuka oleh Barisan Nasional dan ia telah diakui sendiri oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Sehubungan dengan itu, KEADILAN menuntut penjelasan rasmi dari pihak SPR berhubung perkara ini iaitu apakah tindakan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu boleh dianggap sebagai satu bentuk korupsi iaitu menggunakan wang untuk membeli undi dari rakyat?


SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Naib Presiden KEADILAN
Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers