WAJIB BACA TERUTAMA PENYOKONG UMNO: Umno PUNCA MELAYU MEREMPAT....MELAYU Umno SEBENARNYA

Dr Mahathir, kegagalan Umno jadikan Melayu ‘pengemis’, kata pemimpin Pakatan

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berpendapat, pengemis yang dimaksudkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah parti Melayu Umno, dan bukannya komuniti Melayu di negara ini seperti didakwa beliau. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Disember, 2014. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berpendapat, pengemis yang dimaksudkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah parti Melayu Umno, dan bukannya komuniti Melayu di negara ini seperti didakwa beliau. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Disember, 2014.


 Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menafikan orang Melayu di negara ini terpaksa mengemis demi kuasa politik, sebaliknya menegaskan kenyataan yang dikeluarkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu memalukan kepimpinan negara.

Ahli Parlimen PR berpendapat, pengemis yang dimaksudkan Dr Mahathir adalah parti Melayu Umno, dan bukannya komuniti Melayu di negara ini seperti didakwa beliau.


"Umno sebenarnya yang jadi pengemis terdesak, bukan orang Melayu," kata Pembantu Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Zairil Khir Johari (gambar) dalam kenyataannya hari ini.


"Saya amat sedih dengan hakikat seorang pemimpin terhormat seperti Dr Mahathir mampu merendahkan diri sehingga menggambarkan senario yang bukan sahaja mustahil tetapi juga tidak lebih daripada satu muslihat tipu daya," kata ahli Parlimen Bukit Bendera itu lagi.
 
  Dr Mahathir semalam dilaporkan berkata, komuniti Melayu yang membentuk sejumlah 60% daripada keseluruhan populasi di negara ini seharusnya mempunyai kuasa politik untuk memerintah, namun kuasa itu katanya kini semakin lemah.

"Sekarang Umno, PKR, dan PAS terpaksa merayu kepada DAP untuk menang pilihan raya. Apabila kita menjadi pengemis, kita tidak lagi ada kuasa," katanya ketika berucap di Program Kepimpinan Belia di Kuala Lumpur.

Beliau turut memberi amaran, walaupun Malaysia mencapai status negara maju, Melayu akan terus ketinggalan dan itulah nasib bangsa tersebut hari ini.

Zairil berkata, dominasi Melayu dalam setiap aspek masyarakat Malaysia sebenarnya berada di kemuncak terutamanya dari aspek politik apabila setiap jawatan penting kerajaan, daripada perdana menteri kerajaan Persekutuan dan 12 daripada 13 menteri besar negeri dipegang oleh orang Melayu.

"Dominasi Melayu juga sangat jelas dalam institusi-institusi negara seperti badan kehakiman, pasukan polis, perkhidmatan awam dan tentera. Jika itu tidak mencukupi, Melayu juga membentuk majoriti penduduk Malaysia, selain mencatatkan kadar kesuburan yang satu setengah kali lebih daripada orang Cina. Ini bermakna orang Cina dan kaum-kaum lain semakin mengecil dari segi populasi penduduk," katanya.

Tambahnya lagi, meskipun pemilikan ekuiti Melayu pada tahun-tahun awal Dasar Ekonomi Baru mungkin dalam digit tunggal, pemilikan ini berkembang dengan pesat sejak beberapa dekad lalu.

Menurut Bank Pembangunan Asia, ekuiti yang dimiliki syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada permodalan pasaran Bursa Malaysia dan penanda aras pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) masing-masing berada pada kadar 36 % dan 54 %.

"Ini bermakna sebahagian besar ekonomi negara kita dikuasai oleh GLC yang secara umumnya dikuasai oleh orang Melayu."

"Dan jika semua di atas tidak mencukupi, kedudukan istimewa Melayu juga termaktub dalam Perlembagaan. Selain itu, bukan sahaja sebarang pindaan Perlembagaan yang melibatkan kedudukan Melayu memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen (yang dalam erti kata lain memerlukan sokongan penuh Melayu), ia juga memerlukan kelulusan Raja-raja Melayu. Jaminan ini bermakna tidak akan ada sebarang ancaman terhadap orang Melayu di negara ini," tambahnya.

Beliau berkata, dengan prestasi Umno yang semakin terdesak, tidak menghairankan Umno dan Dr Mahathir terpaksa menjaja ketakutan serta memilih cara terdesak untuk memulihkan sokongan sokongan yang merosot.

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang (gambar) berkata, daripada mengungkit isu perkauman, rakyat Malaysia seharusnya menumpukan kepada perjuangan mereka untuk menghadapi ekonomi global yang tidak menentu.

"Sebenarnya saya tidak minat bagi komen tentang Dr Mahathir. Bagi saya, beliau kini nampaknya agak terdesak sebab mungkin suaranya tidak lagi diendahkan orang Umno. Justeru, beliau ingin memberi amaran kepada orang Umno supaya pertahankan legasi beliau," katanya yang juga ahli Parlimen Batu kepada The Malaysian Insider.

"Bagi saya itu tujuannya. Saya tidak ambil berat sangat tentang apa yang disebut kerana Dr Mahathir selalunya memanipulasikan fakta, baik sejarah atau realiti masyarakat untuk matlamat politiknya," katanya dan menambah,"Isu perkauman tidak lagi relevan sekarang ini."

Ahli Parlimen Seputeh daripada DAP, Teressa Kok berkata beliau yakin Dr Mahathir tidak akan menjadi pengemis di tanah air ini dan terus mendominasi politik.

"Ini hanyalah untuk mengembalikan sokongan kepada Umno, dan ia tidak akan berjaya," kata Kok.
Tambahnya, orang Melayu sudah mula berubah, namun Dr Mahathir masih lagi berada di takuk lama tanpa sebarang perubahan.

Ahli Parlimen Pokok Sena daripada PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataan Dr Mahathir itu tidak lebih daripada sekadar menunjukkan kegagalan Umno menjaga kepentingan orang Melayu, sedangkan parti itu kononnya menjadi pejuang bangsa Melayu.

"Kenyataan Dr Mahathir satu perkara memalukan kepimpinan politik Meayu yang berkuasa. Kenyataan itu menunjukkan Umno gagal dalam menjaga kepentingan orang Melayu.

"Ini menunjukkan selama ini kepimpinan Melayu yang berkuasa ini mengkhianati orang Melayu. Apa yang dibangkitkan beliau itu mengemis kuasa, ia ada kaitan membina masyarakat Melayu," kata ketua penerangan PAS itu.

Mahfuz berkata, segala urusan dan kepimpinan utama negara termasuk jumlah penjawat awam kesemuanya didominsi orang Melayu dan sudah semestinya orang Melayu mencapai pencapaian yang besar dari aspek kedudukan Melayu.

"Tetapi kita masih lagi mengemis, menjerit-jerit meminta tempat dan kedudukan untuk orang Melayu dari segi ekonomi, pendidikan.


"Ini pengkhianatan pimpinan politik Melayu  Umno yang berkuasa selama ini," tambahnya. – 21 Disember, 2014.



No comments: