Sunday, October 19, 2014

Tahaluf siyasi, puak UG sedarlah realiti

AHAD, 19 OKTOBER 2014 06

oleh : amirulmukminin
"Tahaluf siyasi" yang dijalinkan PAS dengan parti bukan berteraskan Islam adalah strategi politik yang mampu menjamin kejayaan parti Islam itu untuk berjaya menjadi pemerintah di Malaysia, kata pemimpin Ikhwanul Muslimin Kuwait, Dr Tareq Suwaidan.


Tareq berkata hanya melalui pakatan dengan Pakatan Rakyat (PR), PAS akan mampu menang dalam pilihan raya dan menambah bilangan kerusi di Parlimen.

Dalam satu forum di ibu negara anjuran Lajnah Antarabangsa PAS bersama Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS malam tadi, Tareq berkata dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum dan agama, adalah mustahil bagi PAS memenangi pilihan raya berdiri sebagai parti bersendirian.

"Untuk menang kerusi Parlimen di Malaysia, pakatan satu-satunya cara untuk menang dalam Islam.

"Kecuali kita ubah struktur Malaysia secara demografi, inilah dia, itulah logiknya," katanya.

Beliau berkata matlamat dalam pakatan berkenaan seharusnya dijalin untuk jangka masa panjang.

"Kamu bersetuju dengan beberapa syarat sebab ada matlamat jangka panjang.

"Sama ada kamu tidak amalkan (pakatan) sekarang atau langsung (tidak berpakat)," katanya.

PAS berhadapan situasi kritikal dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila dilihat berbeza pandangan dalam isu pelantikan menteri besar Selangor dan gagal mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR untuk menjawat jawatan itu.

Parti Islam itu sebaliknya menghantar lebih daripada dua calon, menurut kehendak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, sedangkan rakan komponen PR dari PKR dan DAP bertegas menghantar nama Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal.

Ekoran itu, walaupun krisis pelantikan MB Selangor sudah selesai, namun dalaman PAS terus berkrisis.

Tareq bagaimanapun berkata, pakatan yang dijalinkan itu tidak seharusnya dianggap sebagai prinsip, sebaliknya sekadar taktik politik.

"Itu bukan prinsip, itu taktik, jangan keliru," kata Tareq dalam ceramahnya di hadapan lebih 100 hadirin di Vistana Hotel, malam tadi.

P/S: Masalahnya puak UG anggap PAS seperti Hamas, boleh perintah negara sendirian tanpa kerjasama dengan parti Cina dan India
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers