Friday, October 31, 2014

MENGAPA TAKUT PASMA (SIRI 3)

MENGAPA TAKUT PASMA (SIRI 3)

Peranan yang dimainkan oleh anggota MSU untuk bergabung dengan UMNO demi perpaduan Melayu Islam dengan menubuhkan kerajaan perpaduan dengan UMNO dirancang dengan rapi oleh anggota MSU. Ulamak adalah pewaris nabi dan mereka adalah penyampai risalah kebenaran. Mereka tidak boleh berbohong, apatah lagi dengan jamaah Islam. 

Sebaliknya berlaku apabila anggota MSU sanggup berbohong dengan menafikan pertemuan sulit dengan UMNO yang diadakan beberapa kali. Pertemuan di Terengganu, mulanya dinafikan tetapi apabila didedahkan oleh Pak Lah, barulah mengaku. Sebenarnya bayak kali pertemuan dalam negeri dan luar negeri yang diadakan. tetapi mereka sanggup berbohong kepada ahli PAS. 

Seorang bekas pimpinan PAS di Perlis dipanggil oleh anggota MSU dan mengarahkan untuk menyerang PAKATAN RAKYAT melalui blog. Pimpinan tersebut adalah seorang yang ada bukti tentang rancangan jahat untuk mengkhianati PAKATAN RAKYAT dan keputusan Muktamar PAS yang mahu mengukuhkan PAKATAN RAKYAT.


 Beliau sanggup mendedahkannya apabila dipanggil oleh pimpinan. Jangan khianati kepercayaan ummah kepada ulamak. Jangan ulangi pengkhianatan Syeikhul Azhar ke atas Morsi. Jangan ingat bahawa oang lain tidak tahu apa yang MSU rancangkan. Bukan semua anggota MSU terlibat.

"Benar adalah amanah dan bohong adalah khianat" .

Photo: MENGAPA TAKUT PASMA (SIRI 3)

Peranan yang dimainkan oleh anggota MSU  untuk bergabung dengan UMNO demi perpaduan Melayu Islam  dengan menubuhkan kerajaan perpaduan dengan UMNO dirancang dengan rapi oleh anggota MSU. Ulamak adalah pewaris nabi dan mereka adalah penyampai risalah kebenaran. Mereka tidak boleh berbohong, apatah lagi dengan jamaah Islam. Sebaliknya berlaku apabila anggota MSU sanggup berbohong dengan menafikan pertemuan sulit dengan UMNO yang diadakan beberapa kali. Pertemuan di Terengganu, mulanya dinafikan tetapi apabila didedahkan oleh Pak Lah, barulah mengaku. Sebenarnya bayak kali pertemuan dalam negeri dan luar negeri yang diadakan. tetapi mereka sanggup berbohong kepada ahli PAS. Seorang bekas pimpinan PAS di Perlis dipanggil oleh anggota MSU  dan mengarahkan untuk menyerang PAKATAN RAKYAT melalui blog. Pimpinan tersebut adalah seorang yang ada bukti tentang rancangan jahat untuk mengkhianati PAKATAN RAKYAT dan keputusan Muktamar PAS yang mahu mengukuhkan PAKATAN RAKYAT. Beliau sanggup mendedahkannya apabila dipanggil oleh pimpinan. Jangan khianati kepercayaan ummah kepada ulamak. Jangan ulangi pengkhianatan Syeikhul Azhar ke atas Morsi. Jangan ingat bahawa oang lain tidak tahu apa yang MSU rancangkan. Bukan semua anggota MSU terlibat. 

"Benar adalah amanah dan bohong adalah khianat" .
 
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers