Sunday, October 18, 2020

SAMPAI BILA JANA EKONOMI DENGAN MEMBALAK?

BOB MANOLAN




 Keluhan seorang teman yang dia kongsikan dalam group. Persoalanya sampai bila ini akan berlaku? Dulu cakap kalau kerajaan BN bayar royalti minyak kita tak membalak. Sekarang dah jadi kerajaan walaupun tebuk atap tapi kenapa masih membalak? 

“Setiap kali lalu jalan Lojing-Gua Musang ni, mesti akan rasa pilu & sedih melihat hutan hujan tropika dirogol dengan rakus. 

Sepanjang jalan, kiri kanan botak hutan dibalak untuk pembukaan ladang sawit dan getah. Tiba pula di simpang Kuala Betis, berduyun-duyun lori balak beratur. Pada satu-satu ketika, lori balak lagi banyak daripada kenderaan biasa.

Sampai bila negeri Kelantan ni nak mengharapkan kemusnahan alam untuk jana ekonomi negeri? 

Dah takde pemikir ekonomi lagi ke dalam negeri ini untuk fikirkan solusi ekonomi yang lebih mampan & lestari?

Bila bencana banjir datang, yang rugi, duit kerajaan & rakyat juga nak tanggung kerugian - tokey-tokey balak takkan bayar 1 sen pun ganti rugi.”


Dendi, Gua Musang.



No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers