Sunday, September 13, 2015

Kalau yakin dengan PAS kenapa nak takut, Nik Nazmi jawab Nik Abduh

Kalau yakin dengan PAS kenapa nak takut, Nik Nazmi jawab Nik Abduh

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berucap merasmikan penutup Kongres Mahasiswa Kebangsaan di Ampang Jaya, Selangor hari ini. Beliau berkata, tiada apa yang perlu dirisaukan jika ada pemimpin melompat parti jika benar-benar yakin dengan perjuangan parti. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 13 September, 2015.Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berucap merasmikan penutup Kongres Mahasiswa Kebangsaan di Ampang Jaya, Selangor hari ini. Beliau berkata, tiada apa yang perlu dirisaukan jika ada pemimpin melompat parti jika benar-benar yakin dengan perjuangan parti. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 13 September, 2015.
Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berpendapat tiada sebarang kesalahan sekiranya mana-mana pemimpin PAS ingin menyertai parti itu kerana sebelum ini turut berlaku perkara sama membabitkan kedua-dua parti itu.
Nik Nazmi berkata, Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz juga tidak perlu berasa takut dengan penyertaan pemimpin mereka ke dalam PKR sekiranya yakin dengan pertubuhan mereka. 
"Ada beberapa ahli PKR yang sertai PAS, tiada masalah...kalau kita yakin dengan pertubuhan kita buat apa kita nak takut," katanya, kepada pemberita selepas berucap merasmikan penutup Kongres Mahasiswa Kebangsaan di Ampang Jaya, Selangor hari ini. 

Anuar kini merupakan setiausaha agung Parti Amanah Negara (Amanah). 
Nik Nazmi turut mengambil contoh bekas bendahari PKR, Abdul Rahman Othman yang meninggalkan parti itu dan memohon menjadi ahli PAS kawasan Subang Jaya, pada 2007. 
"Kalau atas dasar orang itu bersetuju dengan perjuangan parti apa salahnya," katanya.
PAS hari ini menyatakan rasa kecewa dengan tindakan PKR yang menerima penyertaan bekas setiausaha agung mereka Datuk Kamaruddin Jaafar.
Nik Abduh berkata, parti Islam itu selalu berpegang dengan pendirian tidak akan menerima mana-mana wakil rakyat atau pemimpin daripada sekutu mereka.
"Sikap PAS dalam Pakatan Rakyat, kita tidak akan terima mana-mana ahli pemimpin atau wakil rakyat yang daripada rakan politik (yang ingin lompat parti) masuk dalam PAS.
"Ada kes sebelum ini, tapi kita tangguh kemasukan demi menjaga hubungan dalam PR," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur hari ini
Kamaruddin Jaffar yang merupakan ahli Parlimen Tumpat dan bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib pada Jumaat mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PKR. – 13 September, 2015.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers