Najib mahu Anwar diberi rawatan kesihatan sewajarnya

Najib mahu Anwar diberi rawatan kesihatan sewajarnya

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (tengah) menghadiri 1M4U Baju Raya Project di Giatmara di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 30 Jun, 2015.  

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (tengah) menghadiri 1M4U Baju Raya Project di Giatmara di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 30 Jun, 2015. Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata pihaknya mengambil maklum berkenaan situasi kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menggesa agar pihak yang berkenaan memastikan ketua umum PKR itu menerima rawatan kesihatan.
Perdana menteri memaklumkan perkara itu melalui akaun Twitter miliknya di (@NajibRazak) pada jam 5.50 petang tadi.
"Saya ambil maklum kesihatan DS Anwar Ibrahim dan saya mahu pihak berkenaan memastikan beliau menerima rawatan sewajarnya," kata Najib dalam laman sosial tersebut.

Sebagai respons, isteri Anwar yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menulis tweet kepada Najib, "Salam, pls do the needful." (Salam, sila lakukan yang sepatutnya.) Media sebelum ini melaporkan, situasi Anwar kini semakin teruk dan amat membimbangkan.
Pasukan peguam antarabangsa mendakwa bekas ketua pembangkang itu dinafikan akses kepada rawatan yang amat diperlukan beliau.
Mereka menyarankan Anwar segera dipindahkan segera ke tahanan kediaman supaya beliau boleh dibenarkan menemui doktornya sendiri bagi mendapatkan rawatan perubatan, kata peguamnya Sivarasa Rasiah dalam satu kenyataan hari ini.
"Kezaliman yang dikenakan terhadap Anwar berterusan.
"Masyarakat antarabangsa patut risau dengan tahap kesihatan Anwar yang semakin teruk, yang diburukkan lagi dengan penafian akses kepada rawatan dan kemudahan pada kala beliau ditahan dengan salah," katanya.
Kenyataan itu turut ditandatangani Jared Genser, peguam dan pengasas Freedom Now, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan pembebasan tahanan politik seluruh dunia.

No comments: