Rohingya: Warga asing buat kubur, Kerajaan BN buat apa?

Rohingya: Warga asing buat kubur, Kerajaan BN buat apa?
Rohingya: Warga asing buat kubur, Kerajaan BN buat apa?
x-default

Rohingya: Warga asing buat kubur, Kerajaan BN buat apa?

KENYATAAN MEDIA: Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia terkejut dengan penemuan lebih seratus kubur warga asing di Bukit Wang Burma yang didedahkan baru-baru ini oleh media sebagai salah satu bukti bahawa kedaulatan Negara tergugat berikutan sempadan kita senang di bolosi dan begitu mudah berlaku penyeludupan dan perdagangan manusia amat mencemaskan. Ianya sebagai petanda hitam yang memberikan gambaran bahawa kedudukkan sempadan Malaysia adalah Negara yang paling mudah untuk dicerobohi sama ada di antara Negeri Perlis, Perak dan juga Kelantan dengan Negara Thailand di Utara Malaysia, di sebelah Sabah dan Sarawak dengan Filipina dan Indonesia serta di selatan Johor dengan Singapura.

Kerajaan Malaysia dan Pasukan Keselamatan yang menjaga semua sempadan kita perlu peka dengan cabaran yang ada dan memerlukan satu teknologi terkini sebagai peralatan sokongan bagi tujuan pemantauan. Kita perlu belajar daripada Negara maju yang sangguh melabur satu peruntukan besar bagi memastikan kedaulatan Negara mereka terjamin dan selamat. Bagi Malaysia, cabaran kita yang mempunyai banyak sempadan dengan Negara-negara jiran terutamanya lautan sebagai pemisah memerlukan jentera yang mampu dan berupaya bertindak balas dengan segera. Apa guna setiap tahun kita menganjurkan Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) yang memamirkan peralatan canggih ketenteraan daripada seluruh dunia dan saban tahun kita akan menandatanggani perjanjian usaha sama dengan syarikat-syarikat ada.

Kami merasakan, Malaysia perlu berani melabur dan belajar dengan teknologi-teknologi terkini sebagai satu keperluan oleh Pasukan Keselamatan Negara kita. Pastikan jentera yang dibeli mampu dan ianya penting kepada Pasukan Keselamatan kita untuk menjalankan operasi-operasi kawalan keselamatan sempadan kita. Jangan nanti jika ada lagi pendedahan tentang keadaan sempadan Negara yang memalukan Malaysia sekiranya lambakan perdagangan manusia terutamanya jika pihak Kerajaan mengambil sikap tunggu dan lihat semata-mata tanpa mengambil tindakan yang sewajarnya. 

Pembentukkan atas nama Pasukan Khas ataupun menjadikan kedudukan kawasan tertentu sebagai kawasan khas keselamatan, ianya hanya bersifat sementara jika keupayaan kita dengan jentera yang ada tidak mampu bertindak sepantasnya.

DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Pengerusi,
Lajnah Antarabangsa,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

No comments: