
Sunday, August 7, 2011
PAS Sedia Jumpa Jais, Gereja

KUALA LUMPUR 7 OGOS : Satu pertemuan antara Pas dengan Jabatan Agam Islam Selangor (Jais) dan gereja akan diadakan untuk mendapat penjelasan berhubung serbuan di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya, Rabu lepas.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi berkata, pertemuan itu dibuat bagi merungkai segala kontroversi yang berlaku ketika ini.
“Tindakan kepada Datuk Dr Hasan tak timbul. Kita akan jumpa terus Jais dan gereja,” ujarnya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, hari ini.
Katanya, PAS akan berhubung dengan pihak Jais dan gereja mengikut tarikh yang sesuai untuk mendapat gambaran dan penjelasan langsung mengenai pemeriksaan tersebut.
“Selepas jumpa, baru buat keputusan,” ujarnya.
PAS, jelasnya menyerahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk tindakan selanjutnya berhubung pemeriksaan Jais itu.
Laporan lanjut menyusul.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Yang perlu adalah Lembaga Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakt membuka mata seluas-luasnya. Kenapa perkara ini bolih berlaku. Lebih lagi kepada umat islam di Malaysia ini.
Terjemahan kitab injil dalam bahasa melayu. Ini akibat kebenaran kerajaan yang telah memberi kelulusan.
ini berlaku kerana orang melayu dan islam sendiri..dah tau islam nak pegi anjur majlis bukapuasa kat gereja tu wat ape..surau ngan masjid pun tak terkira bayknye..bodoh gila!pasal duit boleh jual agama
ini buka pasal terjemah kitab injil tapi ade melayu islam yang sanggup jual pendirian dan islam..sebabkan duit..mana ade mbuat majlis bbuka kat gereja.. pikir la sendiri!!! balik2 nak salahkan kerajaan pusat..tapi ape dah jadi ngan kerajaan selangor!!
apa yang berlaku diharap dapat membuka mata pelbagai pihak yang terlibat dengan pentadbiran agama..komen dari Mufti Perak baru2ini amat tepat dan relevan,..Gunakan lah Masjid sebagai pusat penyatuan umat Islam dan bukan pusat perpecahan..rata2 umat islam kurang pengetahuan agama..para pendakwah perlu review cara memantapkan pengetahuan agama umat islam..begitu juga para pentadbir wang zakat..perlu telus dan objective dalam pengagihan dan pengurusan wang zakat..
Post a Comment