Kekosongan kerusi Kerdau dimaklum kepada SPR esok

Kekosongan kerusi Kerdau dimaklum kepada SPR esok

13/02/2011 1:40pm

TEMERLOH 13 Feb. – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Wan Mohamed Razali Wan Mahussin akan memaklumkan secara rasmi mengenai kekosongan kerusi DUN Kerdau kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.

Beliau berkata, surat pemakluman itu akan dihantar kepada SPR sejurus pihaknya menerima surat pengesahan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Zaharuddin Abu Kassim.

Katanya, pemakluman secara tidak rasmi telah diberitahu beliau kepada pihak SPR semalam.

Sementara itu, Pengarah SPR Pahang, Datuk Ismail Mohd Yusoff berkata, Wan Mohamed Razali akan menyerahkan notis mengisytiharkan kekosongan kerusi itu kepada SPR esok.

Beliau berkata, selepas itu, SPR mempunyai masa sehingga dua minggu untuk membuat pengumuman mengenai pilihan raya kecil. – Bernama

No comments: