KENAPA KITA PULA PERLU MEMOHON

 

Eng Huat Koh

Lanjutan dari penjelasan berhubung saranan membuat Pilihan Samada Moratorium atau Pengurangan Ansuran


Sehubungan dengan pencerahan  tersebut, berikut diperturunkan rumusan berhubung pihak yang mendapat keuntungan atau kerugian hasil dari perlaksanaan Moratorium atau Pengurangan Ansuran Bulanan seperti dibawah :-


1) Moratorium :-


a) Pinjaman berbentuk Sewa Beli (pinjaman kenderaan) di mana kadar bunga tetap dikenakan - PEMINJAM UNTUNG dan bank kurang untung sebab terikat dgn perjanjian sewa beli dan Moratorium tidak membenarkan penggenaan denda lewat utk tempoh tersebut.


b) Pinjaman berbentuk Housing Loan dimana kadar bunga berasaskan baki pinjaman berkurangan - BANK UNTUNG sebab dimasa Moratorium kadar bunga masih dikenakan cuma penggantungan ansuran dan tak boleh caj denda lewat sahaja dimasa tempoh Moratorium 


2) Pengurangan ansuran bulanan - Bank UNTUNG SEPENUHNYA sebab boleh caj kadar bunga utk tempoh perlanjutan pinjaman dan denda lewat kiranya bayaran ansuran tidak dibuat 


Persoalannya 


1. Kenapa rakyat diarah hubungi bank utk membuat pilihan?


2. Kewajaran membuat pilihan walaupun sebenarnya yg diusul adalah lanjutan Moratorium utk tempoh masa 3 bulan mahupun 6 bulan. Menampakkan badan pengawasan bank tidak tahu membuat pilihan yg terbaik utk peminjam🤦‍♂️atau memberi ruang kpd pihak bank utk mempengaruhi peminjam kepada pilihan yg tidak diusulkan - Pengurangan Ansuran Bulanan


3.Sepatutnya bank diarah utk mempertimbangkan ketidak bolehan mengenakan kadar bunga atau pd kadar bunga asas utk perlanjutan Moratorium ke atas pinjaman perumahan spt mana pinjaman sewa beli 


4.Kenapa utk peminjam B40 sahaja? Bukankah wabak pandemik ini memberi kesan terhadap setiap golongan masyarakat?


5. Kenapa BNM yg fungsi utamanya sbg badan pengawasan perbankan bertindak spt jurucakap bank tanpa mempedulikan obligasi sosial rakyat terkesan.



No comments: