Di mana kah profesor Kamarul Yusoff di saat Presiden Bersatu melanggar perlembangaan dahulu? Mengapa tidak ulas seperti topik hari ini?


TEUKU SYAFIZ RULLAH

1. Bila TSMY keluarkan Bersatu dari PH, tak pulak ada keizinan dari MPT, apa lagi dibuatnya EGM.
2. Soal dasar i.e masuk dan bentuk PN (sebenarnya hal dasar) tak juga diputuskan dengan EGM.
Apakah presiden BERSATU juga JAHIL PERLEMBAGAAN, profesor
Kamarul Yusoff
?
Saya terfikir juga kenapa prof menulis panjang lebar untuk isu Bahagian Bersatu ni? Ada orang minta tulis ya.. come on prof, u can do better than this la.
Sebagai ahli akademik seharusnya anda perlu berlaku adil dan merdeka dalam mengkritik dan membuat ulasan. Peranan ‘bias‘ yang ditonjolkan hanya akan menjatuhkan kredibiliti profesor sendiri. Bukan semua ulasan anda tidak bagus, anda sendiri yang merendahkan kualiti yang ada pada diri anda.
Sekian.

Kamarul Yusoff
t4aSSpicoens ohrgsred ·
JAHIL PERLEMBAGAAN: BERSATU BAHAGIAN TIDAK TERBUBAR WALAU SEMUA AJK KELUAR PARTI
Kelakar sungguh melihat keghairahan sesetengah golongan dalam BERSATU mengumumkan kononnya BERSATU Bahagian mereka terbubar bila mereka dan AJK mereka keluar parti, di mana antaranya adalah Datuk Syed Abdillah Syed Abdul Aziz dari Bahagian Klang, Shukor Bahari dari Bahagian Langkawi dan Shahul Hameed Abdul Wahab dari Bahagian Kota Raja.
Penjelasan Shahul Hameed Abdul Wahab contohnya adalah: “Seramai 15 daripada 17 AJK keluar parti, bermakna mengikut peruntukan perundangan, parti perlukan 3/4 untuk keluar baru bahagian itu terbubar, sekarang AJK yang keluar lebih dari 3/4 atau 75 peratus bermakna BERSATU Kota Raja terbubar serta-merta dan enam cawangan di bahagian ini terbubar secara automatik.”
Tidak mereka ketahui bahawa peruntukan 3/4 itu adalah membabitkan pembubaran seluruh parti, dan ini termaktub di dalam Fasal 30.1. Perlembagaan BERSATU yang berbunyi “Parti ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga per empat (3/4) daripada jumlah ahli yang layak hadir dalam suatu Persidangan Perhimpunan Agung Khas.”
Sehubungan dengan perletakan jawatan atau tindakan keluar parti di peringkat Bahagian, walau kesemua AJK Bahagian meletak jawatan atau keluar parti sekali gus sekalipun BERSATU Bahagian tersebut tidaklah terbubar, sebaliknya apa yang berlaku adalah MPT akan mengadakan Persidangan Khas Bahagian untuk menubuhkan semula Jawatankuasa Bahagian itu.
Ini termaktub di dalam Fasal 19.10. Perlembagaan BERSATU yang berbunyi “Jika kesemua Ahli-Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian berhenti serentak maka Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) akan mengadakan Persidangan Khas Bahagian untuk menubuhkan semula Jawatankuasa Bahagian itu dan menentukan tempoh perkhidmatannya.”
Malah, walau kesemua Ahli MPT meletak jawatan atau keluar parti sekali gus sekalipun BERSATU sendiri tidaklah terbubar, sebaliknya apa yang berlaku adalah Pengerusi Tetap atau Timbalannya hendaklah mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi menubuhkan semula MPT itu.
Ini termaktub di dalam Fasal 16.12. Perlembagaan BERSATU yang berbunyi “Jika kesemua Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) berhenti serentak maka Pengerusi Tetap atau Timbalannya hendaklah dalam tempoh tidak lebih daripada enam puluh (60) hari mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi menubuhkan semula Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan Perhimpunan Agung Khas itu hendaklah menetapkan tempoh perkhidmatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang baru tertubuh itu.”
Sungguh pelik sekali bila bekas pemimpin BERSATU yang keluar parti ini boleh tidak tahu peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Perlembagaan BERSATU sendiri.
Pada hemat saya, tindakan sesetengah pemimpin BERSATU keluar parti, walaupun cuba digambarkan sebagai “gelombang” oleh sesetengah pihak, tidaklah memberikan kesan besar kepada BERSATU kerana yang berbuat demikian adalah mereka yang sudah dijangka.
Apa yang baik daripada tindakan ini adalah ia membersihkan BERSATU daripada duri-duri yang ada sekali gus memberi peluang kepada Tan Sri Muhyiddin untuk menubuhkan semula Jawatankuasa Bahagian dengan mengisikan jawatan ini dengan mereka yang lebih setia.
Dan apa yang paling penting adalah tindakan ini tidak menjejaskan kedudukan Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Pusat, malah ahli akademik yang dilihat rapat dengan DAP, Dr Wong Chin Huat, sendiri menyebut “The chance of defection at MP level is next to zero” (“Kemungkinan untuk MP lompat hampir tiada”) dan “No wave for now” (“Tiada gelombang sekarang”).


t4aSSpicoens ohrgsred
JAHIL PERLEMBAGAAN: BERSATU BAHAGIAN TIDAK TERBUBAR WALAU SEMUA AJK KELUAR PARTI






No comments: