MAJLIS PRESIDEN HARUS BERANI BUAT KETETAPAN PADA 21 FEBRUARI INI



Majlis Presiden PH menjadi tumpuan para penyokong dan pengundi PH sewaktu di dalam PRU14 yang lalu apabila Majlis Presiden akan mengadakan mesyuarat pertama mereka pada tahun 2020, iaitu pada 21 Feb ini.

Kita mahu lihat, adakah benar Majlis Presiden akan mematuhi janji peralihan kuasa PM akan berlaku di mana tempuh dua tahun untuk Tun M menjadi PM berakhir pada Mei 2020 ini.  Semua tahu, Tun M adalah PM sementara dan itulah yang dijanjikan kepada kita semua.

Kita juga dengar dari mulut Tun M sendiri selepas beliau dilantik menjadi PM, beliau akan menjadi PM untuk tempuh dua tahun.  Ikuti wawancara beliau dan kenyataan beliau yang awal, bukannya kenyataan beliau selepas itu yang semakin bercelaru.  

Lojiknya, PM sementara tidak akan lebih lama dari PM sebenar yang mahu diangkat oleh PH.  Seandainya Majlis Presiden membenarkan Tun M menjawat jawatan PM sehingga selepas Persidangan APEC iaitu pada November 2020, ini bermakna Tun M akan menjadi PM lebih lama dari Anwar sebelum parlimen dibubarkan.  Selepas APEC, mungkin bulan Disember 2020 atau Januari 2021, atau bila2 masa selepas itu.  Semuanya boleh dipusing oleh Tun M sepertimana beliau telah pusing kenyataan beliau awal dahulu iaitu dua tahun.

Bagi mengelakkan kontroversi berterusan dan negara kembali tenang tanpa isu ini terus dimainkan serta meyakinkan pelabur, Majlis Presiden yang kebanyakan pimpinannya sebelum PRU14 dahulu terkenal dengan keberanian serta komited dengan reformasi, harus berani mengambil ketetapan bahawa peralihan kuasa wajib dilakukan pada Mei 2020 .  Jika ini boleh dilakukan, maka imej Majlis Presiden akan dipandang tinggi oleh rakyat dan tidak dilihat terlalu takut dengan PM atau dilihat terlalu sayang kepada kedudukan masing2 di dalam Kabinet.

Benar, Anwar berkata beliau cenderung untuk bersetuju dengan Tun M agar peralihan kuasa berlaku selepas APEC.  Sebagai manusia yang ada kepentingan dan disebut untuk menjadi PM dan juga sebagai Presiden Parti Keadilan, kenyataan Anwar itu boleh dianggap kenyataan  diplomasi yang tujuannya untuk meredakan suasana.  Tetapi, beliau juga memberikan isyarat jelas iaitu terpulang kepada Majlis Presiden.  

Maka, bola di kaki Majlis Presiden PH sekarang.  Soal mengkotakan janji bukan ditentukan oleh Tun M atau Anwar, tetapi oleh Majlis Presiden PH.  Kami tuntut janji itu.

WFAUZDIN NS


No comments: