Saturday, April 16, 2016

BN Sarawak jual tanah RM300 seekar untungkan kroni, sedang rakyat terbelenggu masalah tanah




king wei

KUCHING, 16 APRIL: Kerajaan Barisan Nasional Sarawak diminta menjelaskan tentang tanah tanah kerajaan dengan keluasan 16,000 ekar yang dijual kepada syarikat swasta dipercayai kroni BN dengan harga terlampau rendah sekitar RM300 setiap ekar.
Ahli Dewan Undangan Negeri Padungan, Wong King Wei, berkata berdasarkan maklumat yang diperolehi, penjualan 16,000 ekar tanah kepada syarikat kroni BN itu berlaku dalam tempoh dua tahun Tan Sri Adenan Satem menjadi Ketua Menteri Sarawak.
Beliau mendakwa tiga syarikat yang terlibat itu ialah:
1) Genuine Formation Sdn Bhd berkeluasan 3,121.33 ekar di Lundu dengan harga RM282 seekar
2) Greenpro Farm Sdn Bhd dengan keluasan 6,765.6 ekar di Balingian berharga RM300 seekar
3) Ikrar Bumi Sdn Bhd dengan keluasan 7,002.81 ekar di Tatau, Bintulu berharga RM300 seekar
“Tindakan kerajaan BN Sarawak menjual tanah negeri dengan harga terlalu rendah ini amat menyedihkan dan menimbulkan persoalan kepada banyak pihak,” ujarnya kepada Roketkini.
Setiausaha Publisiti DAP Sarawak itu menjelaskan, penjualan tanah dengan harga RM300 seekar tidak masuk akal sama sekali kerana nilai tanah berstatus pertanian di Sarawak berharga sekitar RM3,000 hingga RM8,000 seekar dan bergantung kepada akses perhubungan jalan.
“Kita melihat tindakan Adenan menjual tanah-tanah kerajaan ini dengan murah semata-mata untuk memperkayakan lagi kroni-kroni BN,” kata beliau.
Menyifatkan BN Sarawak hanya mempertahankan ‘periuk nasi’ kroni mereka semata-mata, King Wei turut mempersoalkan sikap BN Sarawak yang tidak peduli untuk menyelesaikan masalah hak milik tanah yang sering berlaku terutamana kepada rakyat di kawasan luar bandar.
“Terlalu ramai rakyat Sarawak yang masih tiada hak milik tanah dan bergantung kepada Tanah Hak Adat (NCR), malah itupun dirampas.
“Jadi kita sangat kecewa apa yang dilakukan BN Sarawak ini jelas untuk membantu kroni-kroni mereka sahaja,” ujar beliau. – Roketkini.com
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers