Wednesday, March 16, 2016

Sasterawan Negara sifatkan BN yang tidak peduli undang-undang sebagai kerajaan “haram”

Sasterawan Negara sifatkan BN yang tidak peduli undang-undang sebagai kerajaan “haram”

KUALA LUMPUR, 16 MAC: Sasterawan Negara, A. Samad Said, menyifatkan usaha gabunganraya Selamatkan Malaysia untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Razak daripada tampuk kuasa negara adalah wajar ekoran daripada penglibatan Perdana Menteri dalam pelbagai skandal mega.
Beliau yang mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, Najib bukan sahaja menyebabkan dunia mengenali Malaysia melalui imej buruk, malah imej dalam negara juga sudah kotor, termasuk perbuatan melanggar undang-undang dengan berbelanja berbilion ringgit dalam pilihanraya umum yang lalu.
Justeru, beliau menganggap kerajaan yang ditubuhkan oleh Barisan Nasional selepas PRU13 adalah tidak mengikut laras undang-undang, dan menyifatkan kerajaan kini sebagai sebuah “kerajaan haram”.
“Setakat ini, rekod demokrasi kita sangat buruk. Contohnya antara soal ulang-alik pelbagai tafsiran aliran dana dari negara luar, kononnya sebagai dana simpati daripada golongan kaya Arab.
“Yang merunsingkan adalah dana ‘rahsia’ ini mengalir ke dalam kempen pilihanraya dan perbelanjaan yang berleluasa, sedikit-sebanyak telah dimaklum bahawa RM1.5 billion digunakan Barisan Nasional, yang mana melanggar syarat sebanyak 16 kali ganda yang dibolehkan untuk satu-satu pilihanraya.
“Bererti kerajaan yang ada ini sebenarnya adalah kerajaan haram,” tegasnya, menambah kerajaan juga sudah mula memperkenalkan pelbagai akta dan undang-undang yang membataskan pergerakan serta pengucapan rakyat dalam mengkritik pentadbiran negara.
Tokoh sastera negara itu menyuarakan pandangannya dalam satu sidang media bersama aktivis budaya dan undang-undang yang dianjurkan DAP di ibu pejabat parti di sini hari ini.
Menurut Pak Samad lagi, dengan keghairahan pentadbiran Najib mahu memperketatkan undang-undang bagi menghalang kebebasan rakyat bersuara, tidak mustahil segala akta dan pindaan akta zalim akan digunakan terhadap kelompok pembantah.
“Kita sudah pun ada undang-undang yang merisaukan, SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)) dan POTA (Akta Pencegahan Keganasan) contohnya, yang dalam situasi terdesak bakal dimanfaatkan secara total (oleh kerajaan).
“Malah, pada April ini, Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara juga akan dihidupkan memberi kuasa yang penuh kepada kerajaan untuk menangkap atau menahan seseorang tanpa perbicaraan,” katanya. – Roketkini.com
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers