Sunday, January 31, 2016

Tony Pua: Switzerland dedah skandal baru 1MDB RM16.8 bilion


tony-pua_1mdb_600_2
KUALA LUMPUR, 30 JAN: Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali digesa membantu pihak berkuasa Switzerland menyiasat dakwaan terbaru salah laku melibatkan sejumlah USD4 bilion yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ia berikutan permintaan rasmi Ketua Pendakwa Switzerland kepada Malaysia dalam siasatannya terhadap kemungkinan wujud pelanggaran undang-undang oleh firma milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mengikut laporan The Wall Street Journal hari ini, hasil siasatan pihak berkuasa Switzerland mendapati USD4 bilion atau sekitar RM16.8 bilion daripada syarikat Malaysia disalah guna, dengan sebahagiannya dipindah ke beberapa bank Swiss dari Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu.
Mengikut perjanjian antarabangsa, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua pada kenyataan media hari ini,, berkata Peguam Negara perlu memberi kerjasama kepada pihak berkuasa Switzerland dalam siasatan mereka.
“Saya menyeru Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali memenuhi kewajipan Malaysia mengikut perjanjian antarabangsa memberi bantuan perundangan, bekerjasama dengan agensi penyiasat dengan membekal semua maklumat,” katanya.
Kata Pua, kerjasama yang bakal diberi Malaysia bukan sahaja dapat menyingkap dalang sebenar skandal terbesar itu tetapi juga mengubah tanggapan Peguam Negara bersikap berat sebelah sebelum ini.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga mencadangkan semua agensi penyiasatan di Malaysia turut memberi kerjasama mereka menjejak dalang sebenar skandal terbesar itu.
Beliau antara lain merujuk kepada Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), polis, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan meminta mereka menggandakan usaha untuk mendedahkan kebenaran skandal itu. -Roketkini.com
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers