Sunday, July 5, 2015

PKR jelajah seluruh negara lepas Aidilfitri jelaskan Pakatan baharu

TMI

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin bercakap kepada media di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, di Shah Alam hari ini. Beliau memaklumkan beberapa siri jelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan berhubung Pakatan baharu akan dilakukan selepas Aidilfitri. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 4 Julai, 2015.  

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin bercakap kepada media di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, di Shah Alam hari ini. Beliau memaklumkan beberapa siri jelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan berhubung Pakatan baharu akan dilakukan selepas Aidilfitri. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 4 Julai, 2015. 
Pakatan Rakyat (PR) baharu hanya akan diputuskan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, dengan PKR akan mengadakan jelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan kedudukan mereka, kata Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Naib presiden PKR itu pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di Shah Alam petang tadi berkata, jelajah berkenaan akan bermula di Sarawak pada 22 Julai dan akan diikuti jelajah ke seluruh negeri-negeri.

"Jelajah ini akan menyediakan parti untuk kemungkinan dan senario baru dan memberikan penjelasan mengenai masa depan parti," kata Shamsul.


"Naratifnya adalah menjelaskan kedudukan kami sekarang." Ahli Parlimen Bukit Katil itu berkata, jelajah berkenaan akan turut disertai Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan beberapa pemimpin lain bagi mempersiapkan jentera dan akar umbi parti.

Beliau berkata, antara jadual jelajah yang dirancang adalah di Tanjung Karang, Selangor pada 24 Julai, diikuti Pulau Pinang pada 25 Julai, Kangar (26 Julai), Ketereh, Terengganu (31 Julai).
Manakala jelajah di Kuala Lumpur akan dianjurkan pada 1 Ogos, diikuti Bukit Katil, Melaka (2 Ogos), Batu Pahat, Johor (8 Ogos), Sabah (11 Ogos), Ipoh, Perak (12 Ogos), dan Bentong, Pahang (15 Ogos).

Bekas pemimpin PAS Pusat yang bekerjasama di bawah panji-panji yang dinamakan G18 sebelum ini dilaporkan berkata, pakatan baharu akan dibentuk selepas Hari Raya Aidilfitri bulan ini.
Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, mereka mesti membina PR yang baharu yang lebih hebat daripada PR yang kini terkubur.

Beliau berkata ia perlu menjadi pakatan yang menjunjung integriti sebagai nilai paling penting.

"Tugas kita bukan hanya menggantikan Umno dan Barisan Nasional. Kita perlu bentangkan satu formula baru.

"Saya sokong kuat kerajaan Pulau Pinang kerana ia mempunyai integriti dan mengamalkan budaya dan nilai yang serupa dengan ajaran Islam.

"Ia bukan tentang semangat Melayu tetapi semangat harmoni. Tiada ubat lain selain daripada mengubah kerajaan," katanya pada majlis berbuka puasa anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semalam.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semalam.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers