Saturday, July 26, 2014

MAT SABU KATA BUKAN KENYATAAN RASMI. .

Mat Sabu dakwa kenyataan Hadi bukan pendirian rasmi PAS

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi sokongan terbuka kepada Tan Sri Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai menteri besar Selangor. – Gambar The Malaysian Insider, 26 Julai, 2014. 


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi sokongan terbuka kepada Tan Sri Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai menteri besar Selangor. – Gambar The Malaysian Insider, 26 Julai, 2014.


Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan sokongan secara terbuka supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal menjadi menteri besar Selangor tidak mencerminkan pendirian rasmi sebaliknya hanya pandangan peribadinya sahaja, kata Mohamad Sabu.

Timbalan presiden PAS itu dilaporkan berkata, parti Islam itu sebaliknya hanya akan membuat pendirian rasmi mengenai kedudukan Khalid selepas Hari Raya Aidilfitri dalam mesyuarat pada 10 Ogos.

"Itu pandangan peribadi, kita akan mesyuarat 10 Ogos.

"10 Ogos mesyuarat (dan) kita patuh pada keputusan mesyuarat," katanya seperti dilaporkan Antarapos.

Sementara itu, Mohamad ketika dihubungi TheMalaysianInsider enggan memberikan sebarang komen sehingga keputusan dicapai dalam mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos depan.

"Mungkin lepas raya. Mungkin dipercepatkan lagi," katanya.

Semalam, Hadi membuat pendirian yang tidak sependapat dengan PKR dan DAP apabila menyatakan Khalid sepanjang khidmatnya tidak pernah khianat amanah rakyat dan sehubungan itu, kedudukannya perlu dikekalkan.

Katanya, tindakan PKR dan DAP adalah salah jika Khalid disingkirkan dengan cara sedemikian tanpa ada bukti kukuh yang mengaitkan beliau mengkhianati amanah rakyat.

"Kalau beliau (Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan lain, itu kita boleh urus tetapi bukan dengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggal.

"Isunya adalah tunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau," katanya seperti dilaporkan Bernama.
Hadi berkata, beliau membuat keputusan itu selepas mendengar pendapat akar umbi dan pihak luar yang bersetuju dengan prestasi cemerlang Khalid menerajui negeri hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

"Saya sudah dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya.

Ditanya sama ada keputusannya itu bakal melebarkan perpecahan dalam pakatan pembangkang, beliau berkata: "Itu perkara mendatang dan kita boleh berbincang dan berunding. PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat dan pendapat berbeza itu sudah biasa sejak dulu lagi."

Beliau turut menyangkal dakwaan bahawa pendiriannya itu seperti cuba menghalang jalan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Putrajaya.

Sebaliknya menegaskan, perjuangan pakatan pembangkang bukannya perjuangan peribadi tetapi untuk rakyat. – 26 Julai, 2014.



Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers