APA UNTUNGNYA BERBUAT DEMIKIAN?



Jika benar beliau ini salah seorang AJK Pemuda Amanah Nasional, saya rasa ianya keterlaluan di dalam mengungkapkan status di dlm FB beliau sedemikian.  Tiada masalah beliau menyanjung Mahathir sbg Legend, itu haknya dan kita pun tidak memaksa sesiapa untuk menyokong Anwar. 

Tiada juga masalah kalau dia mahu buat poster ucapan Hari Raya hanya dengan meletakkan logo partinya dan Bersatu "black out'.  Itu haknya juga.  Tetapi perlu apa mahu sentuh peribadi Anwar?  Anwar pernah sentuhkah mana2 pimpinan di dalam PH?  Marah sangatkah kita tidak boleh jadi kerajaan di bawah Mahathir sekali lagi?

Sebagai pemegang jawatan di peringkat Pusat, beliau sepatutnya tidak boleh berkelakuan seperti ini.  Ianya tidak membantu memperkuatkan Amanah jauh sekali mencemarkan imej Anwar. 

WFAUZDIN NS

No comments: