Aku Sokong Skandal IC Warga China dan India Di Dedahkan..





Selepas hangat isu pelarian Rohingya, Bagi menutup tindakan kelompok Kerajaan tebuk Atap dalam isu rohingya, depa cuba mengalihkan isu seolah olah ia dilakukan penyokong PH bagi menutup skandal IC palsu warga Cina dan India..Lagi teruk,Bekas Naib Presiden PAS nak tambah perisa, kaitkan dengan usaha perisikan China di Malaysia.. lagi teruk tuduhan ni..



Sebenarnya aku sokong, Bukan takat pendedahan..tetapi Suruhajaya Diraja ditubuhkan.. Kononnya depa kata PH bertanggungjawab membiarkan pendatang asing dan Cina..depa pun bawal laporan Audit tahun 2018..

Korang tahu tak..Pendedahan Laporan Audit 2018 tu, Bukan peristiwa tu berlaku pada tahun 2018.. Laporan tidak ada rekod keluar pelancong Asing China dan India itu direkodkan dari tahun 2016 sehingga 2018... diwaktu Najib jadi PM, dan Menteri Dalam Negeri pada ketika itu adalah Zahid hamidi, Presiden UMNO hari ini.. Semua ni rakan tawwun PAS, rakan tawwun Kerajaan tebuk atap...

Dalam laporan Audit itu mendedahkan sepanjang 2016 hingga 2018 data ketibaan 79,799 warga China melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs), didapati 76,258 (95.6 peratus) tidak mempunyai rekod tarikh keluar. Syarkat yang dikaitkan dengan sistem VISA inipun adik beradik menteri UMNO..takda kaitan dengan DAP..

"Bagi warga India pula, kemasukan yang dicatatkan ialah 41,243 antara 2017 dan 2018 tetapi 39,806 atau 96.5 peratus tidak mempunyai catatan tarikh keluar... Setakat hari ini, status lebih 1,5 juta warga China dan India masih tergantung sebab tidak ada rekod akibat kelemahan sistem.. Sistem itu diwujudkan Bani Melayu UMNO.. dan sebahagian kaitanya ada dalam pertuduhan melibatkan Zahid Hamidi Di Mahkamah hari ini..

Depa cuba kalih mainkan isu peneman IC Palsu di Pulau Pinang..kaitkan DAP..Sedangkan sudah 500 kes sejak tahun 2015 dijumpai.. Bukan kes baru.. Kerajaan Negeri, DAP takda kuasa nak keluarkan IC.. dalam sejarah tanah Melayu ni, yang ada Kuasa keatas Imigresen, Pejabat Pendaftaran cuma UMNO.. itu bawah bidang kuasa Menteri KDN..

Laporan Audit tu mendedahkan kes Pelancong yang tidak keluar itu dimasa Zahid Hamidi jadi Menteri dalam Negeri.. Masa PH berkuasa pun.. Sapa yang jadi Menteri Dalam Negeri  zaman PH ? Mat Sabu ker..? Lim Guan Eng ker..? tak ker Muhyidin Yasin.. PM dari PN kerajaan tebuk atap jugak.. Muhyidin Yasin rakan taawun PAS.. sejak bila pulak KDN bawah kuasa DAP..apalagi dikata bawah kuasa Negeri..

Jadi aku harap..Segerakan Siasatan..Pendedahan.. Rohingya ker..Bangla ker..Myanmar ker..Indon ker.. Jangan cuba nak alihkan isu.. Heret cepat depa yang bertanggung jawab... :)

Ipohmali



No comments: