Friday, November 20, 2015

Hanipa Maidin sahkan Hadi ajak Azmin sertai Pas



Hanipa Maidin sahkan Hadi ajak Azmin sertai Pas

Hanipa Maidin sahkan Hadi ajak Azmin sertai Pas


Seorang lagi bekas AJK PAS Pusat tampil ke hadapan dan mengaku perkara yang didedahkan oleh Datuk Husam Musa bahawa presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mengaku mahu membuat kerajaan bersama Umno di Selangor adalah benar.

Menariknya, menteri besar Selangor sekarang, Mohamed Azmin Ali sendiri yang memberitahu seorang AJK PAS Pusat bahawa Hadi ada menawarkan kepadanya untuk menyertai PAS dan seterusnya membentuk kerajaan bersama Umno di Selangor ketika krisis perlantikan menteri besar Selangor tahun lalu.

Ketua biro undang-undang Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamed Hanipa Maidin dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider berkata, beliau adalah antara saksi pengakuan Hadi itu.

Beliau mengakui merupakan salah seorang individu yang menjadi saksi berhubung dakwaan Husam itu dan mendapatkan pengesahan daripada Hadi di hadapan AJK PAS Pusat ketika mesyuarat jawatankuasa itu tahun lalu, lapor The Malaysian Insider.

“Apabila timbul isu Selangor itu, memang masa itu Azmin ada menelefon seorang pemimpin PAS Pusat.

“Kebetulan masa dia telefon itu saya ada bersama, dan dia (AJK PAS Pusat) guna ‘loud speaker’ (pembesar suara di telefon).

“Jadi, saya dengar memang Azmin menceritakan apa yang berlaku semasa perbualan di antara beliau dengan Hadi,” katanya sambil enggan menamakan pemimpin yang dihubungi Azmin itu.

Katanya, selepas mendapatkan pengesahan daripada Hadi, beliau ada bertanyakan tujuan presiden parti itu bertindak sedemikian.

“Kami dengan rasa terkejut, dia (Hadi) mengakui dan dia memberikan justifikasi. Katanya, jika PKR boleh tarik 2 Adun (PAS), kenapa kita (PAS) tak boleh buat?” kata Hanipa sebagaimana dilaporkan oleh portal berita itu.

Sebelum ini, bekas AJK PAS Pusat, Khalid Samad dan bekas ketua pemuda Suhaizan Kaiat mengesahkan apa yang didakwa Husam itu.
Bagaimanapun, ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfudz Mohamad mendakwa Husam membuat fitnah.

Husam ketika memberikan ceramah di Kota Bharu sebelum ini mendakwa Hadi pernah mengaku bahawa PAS menawarkan kepada beberapa Adun PKR termasuk Mohamed Azmin Ali agar menyertai PAS dan bekerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan bersama di Selangor.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers