Tuesday, October 28, 2014

PasMa jelas, PAS dalam kekaburan?

Oleh:Amirulmukminin


Teguran Presiden PAS Hj hadi kononnya matlamat PasMa tidak jelas selain untuk memecah belahkan parti itu sebenarnya menceminkan matlamat PAS sendiri yang semakin kabur.

"Kita tak tahu lagi, kita pun tak tahu itu PasMa ini dari spesies mana," katanya kepada pemberita selepas membuat penggulungan serta menutup Seminar Sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.

Matlamat PasMa jelas, sebagai sebuah NGO yang mempromosikan dialog bagi ahli PAS yang mahu kekal bersama Pakatan Rakyat. Tujuannya meneruskan  perkongsian kuasa untuk memerintah Malaysia kerana negara ini berbilang kaum. Walaupun hampir 70 peratus Bumiputera tetapi dengan Umno dan PAS bergabung sekali pun Melayu tidak mampu memerintah.

Sebabnya Melayu Islam hanya 60 peratus. 10 peratus lagi adalah Bumiputera Sabah dan Sarawak yang beragama Kristian dan anamisme. Selain itu, PAS dan Umno juga tidak mempunyai cukup kerusi di parlimen kerana Melayu juga menyertai parti yang bersifat plural seperti DAP, PKR atau Gerakan.

Sementara pemuka Islam yang tidak berfikir panjang, setelah melihat kemaraan pengganas Isil di Iraq merasakan mereka mampu untuk memerintah tanpa sokongan kaum lain. Melayu Islam juga boleh mendisiplinkan kaum-kaum lain mengikut ajaran Islam.

Bagaimanapun, perkara ini dianggap tidak realistik oleh bukan Islam. Mereka merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan dengan tegas setiap rakyat Malaysia adalah sama rata. Cuma bangsa Melayu diberi sedikit keistimewaan dalam Perkara 153 yang melibatkan agama, tanah dan adat resam.

Selagi Perkara 153 ini tidak dipinda dan meletakkan Melayu sebagai dominan dalam semua perkara maka selagi itulah bangsa selain Melayu akan menuntut hak asasi mereka. PasMa sedar akan hal ini, Cuma ulama UG dalam PAS yang tidak sedar.

Mereka dibuai mimpi melihat demografi Melayu dan kesediaan Umno untuk membenarkan Kelantan melaksanakan Hudud. Dengan itu puak UG melancar kempen memulaukan Anwar dan DAP.

Program Anwar di Perak baru-baru ini tidak melihat kelibat penyokong PAS dan program di Maran, Pahang yang sepatutnya menggunakan markas PAS tidak dibenarkan. Bagi sesetengah pemimpin PAS mereka merasa cukupkuat kerana Umno bersedia di belakang mereka.

Tapi jangan terlupa. Puak nasionalis Umno yang bergelumang rasuah setiap hari tidak akan membiarkan PAS berkuasa dengan mudah.

Terlalu dungu sesiapa yang terfikir Umno akan tunduk kepada Majlis Syura Ulama PAS. PAS jangan mimpi sekiranya mereka bekerjasama dengan Umno, Majlis Syura Ulama boleh mengeluarkan arahan sebagaimana majlis itu menghalang perlantikan Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor tempoh hari. Situasi di Kelantan pada 1978 adalah pengajaran paling baik. PAS yang dilihat Umno cuba membuat onar disingkir dari Barisan Nasional.

Namun jika PAS tidak puas hati dan majlis syura ingin juga berkuasa maka pengajaran 1985 apabila tentera diguna oleh Kerajaan BN membunuh Ibrahim Libya di Memali akan berulang. PAS hanya kuat bersama Pakatan. Tetapi setelah mereka kuat dan diterima baik oleh masyarakat bukan Islam, mengapakah mereka menjadi pembuli pula?

Jika PAS kuat sangat dan tidak perlukan Pakatan maka dipersilakan bergabung bersama Umno. Dalam setahun ulama PAS boleh lihat adakah Umno akan menghormati PAS atau parti itu dikerah mengeluarkan fatwa menghalalkan dosa pemimpin Umno merompak duit rakyat.

Tidak salah puak UG PAS untuk mencuba. Daripada Hadi Awang dan majlis syura terus menerus cuba menyingkir PasMa dari PAS adalah lebih baik mereka membawa PAS berhijrah ke pangkuan Umno. Sekurang-kurangnya apabila PAS berhijrah maka PasMa akan menampung ahli PAS yang tidak sukakan Umno. Mereka akan meneruskan perjuangan Pakatan yang dilihat puak UG PAS sebagai tidak berguna.

Namun PAS yang bersama Umno akan membentuk perjuangan baharu yang lebih islah daripada reformasi Anwar Ibrahim.

PAS yang dipenuhi barisan ustaz sekiranya berjaya menyingkirkan puak profesional selepas pemilihan Jun 2015 maka perlulah membuat lebih baik daripada profesional. Jika terus bersama Pakatan Rakyat dan tidak setuju dengan dasar PAS yang membelakangkan Perlembagaan Persekutuan.

Rakyat akan sangat jelas pihak mana yang mereka akan undi pada PRU 14. Itu pun jika puak UG mengikut prinsip yang tidak mahu mengelirukan pengundi. Jika tidak maka mereka lebih buruk daripada Umno yang menipu pengundi sebelum pilihan raya dan selepas mendapat kuasa mengkhinati janji manifesto serta menggunakan kedudukan sebagai ahli parlimen atau Adun untuk menjadi broker kuasa.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers