Teresa Kok selar projek RM100 juta Lembaga Getah



Govt slammed over restriction on opposition MPs entering schools

SEJARAH kembali berulang apabila Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) Ahmad Nazlan Idris mengumumkan pembinaan projek “gajah putih” di kawasan parlimennya, kata Teresa Kok.

“Bekas pengerusi LGM sebelum ini yang juga Ahli Parlimen Jasin Ahmad Hamzah juga buat perkara sama dengan mengarahkan projek tidak penting bernilai RM44 juta di kawasannya di Jasin pada 2010,” kata bekas menteri industri utama itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kok, projek di Jasin itu yang masih tidak siap itu menyebabkan LGM terpaksa terus mengeluarkan belanja sehingga berjuta ringgit.

“Ada contoh sama projek tidak perlu yang diluluskan lembaga pengarah yang dilantik kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, kononnya di bawah skim pemprosesan seperti Stesen Mini Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIMINIS) di seluruh negara dan Kompleks Integrasi Penyelidikan Getah Mampan (IPC) di Kota Tinggi beberapa tahun lalu, yang menelas kos RM130 juta.

“Sehingga kini, projek-projek ini membazirkan dana awam dan projek gajah putih paling besar, iaitu IPC di Kota Tinggi masih tidak siap.

“Ini adalah jelas projek-projek yang tidak perlu dan membazir. Membazirkan dana awam kerana masih gagal disiapkan, kata ahli Parlimen Seputeh itu.

Laporan Berita Harian pada Sabtu lalu menyebut LGM akan membina sebuah Pusat Teknologi Getah Wilayah Timur yang menelan kos kira kira RM100 juta di daerah Jerantut tahun ini.

Projek diumumkan oleh Nazlan sendiri, yang jug ketua Umno Bahagian Jerantut.

“Nazlan baru dilantik sebagai pengerusi LGM kira-kira sebulan yang lalu tetapi nampaknya begitu cepat dapat kelulusan untuk membelanjakan RM100 juta dana awam untuk projek di kawasan parlimennya,” tambah Kok.

Beliau menyelar pengumuman tersebut ketika ekonomi negara tidak menentu akibat kesan wabak Covid-19. – 25 Mei, 2020.



No comments: